Polis Tahan Suspek Pembunuh Kejam Sepasang Warga Emas | Pihak polis Kedah berjaya menahan seorang lelaki berusia 30-an selepas disyaki membunuh sepasang warga emas dengan kesan tetakan di tengkuk di rumah mereka di Taman Desa Bidara, Kuala Ketil, kira-kira jam 5 petang, semalam.
Mayat Zahari Yahya, 66, dan isteri, Salmah Hussin, 61, dikatakan ditemui anak angkat mereka, ketika lelaki berusia lingkungan 20-an itu yang bekerja di sebuah kilang berdekatan, pulang ke rumah kira-kira jam 12 tengah hari untuk makan.
Pemangku Ketua Polis Kedah Datuk Zakaria Yusof berkata, lelaki terbabit akan dibawa ke mahkamah hari ini untuk mendapatkan perintah reman bagi membantu siasatan.
Beliau berkata, soal siasat ke atas anak angkat mangsa yang berusia 20-an membawa kepada tertangkapnya lelaki terbabit yang juga rakannya.
"Semalam kita telah ambil keterangan daripada anak angkat mangsa dan hasil daripada itu kita telah menahan seorang suspek yang juga merupakan kenalan kepada anak angkat mangsa. Mungkin ada suspek lain yang terlibat dan kita masih menyiasat," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah.
Zakaria berkata polis juga masih menyiasat motif pembunuhan kerana setakat ini pihaknya mendapati tiada barang berharga yang hilang.
"Barang kemas di badan mangsa tidak ada yang hilang tapi dipercayai ada barang kemas dalam simpanan mangsa yang hilang tapi kita belum pasti sama ada ianya hilang sebelum atau masa kejadian.
"Suspek ditahan reman mulai hari ini hingga 2 Dis bagi membantu siasatan dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.
sumber
http://ift.tt/1uGGRPb
http://ift.tt/1pmQCWQ

from KeZooM http://ift.tt/1uGGPqp
via Kezoom
malaysian and informasi , online malaysian news, malaysian article , malay and today, today malaysian news and information, malaysian update, enjoy reading the article, spread the word what you read today to get more better future. thanks
Post a Comment
This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself