Halloween party ideas 2015

Gaduh Macam Mafia Depan Balai Polis | Hasrat sekumpulan warga Pakistan mengadakan mesyuarat bagi membincangkan hal kebajikan dan khairat kematian bertukar pergaduhan ala mafia apabila saling tidak berpuas hati antara satu sama lain.






Kejadian berlaku di sebuah rumah di Panchor, Kemumin, Kota Baharu ketika kira-kira 20 lelaki warga Pakistan berkenaan sedang bermesyuarat, pada jam 8.30 malam, semalam.



Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Rohaim Md Isa berkata, perbicangan itu bagaimanapun bertukar kekalutan apabila satu pihak dipercayai menuduh satu lagi pihak lain membuat laporan berkait kesalahan tidak memiliki dokumen dalam kalangan mereka.



Katanya, pertengkaran mulut kemudian bertukar pergaduhan besar apabila ada yang memukul menggunakan kayu selain menumbuk dan menendang rakan masing-masing.



“Mereka kemudiannya datang untuk membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah, di sini, namun pergaduhan bersambung di sana.



“Berlaku tumbuk-menumbuk sehingga keadaan menjadi tidak terkawal di balai terbabit menyebabkan polis bertindak menahan kesemua lapan mereka yang ada di situ ketika itu,” katanya .



Rohaimi berkata, kesemua mereka ditahan reman dan akan dituduh mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh. Akibat pergaduhan itu, mereka mengalami lebam di mata, luka dikaki, tangan dan sebagainya.



sumber

http://ift.tt/1yeLV3o





from KeZooM http://ift.tt/1yfAGYC

via Kezoom

malaysian and informasi , online malaysian news, malaysian article , malay and today, today malaysian news and information, malaysian update, enjoy reading the article, spread the word what you read today to get more better future. thanks

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.