Halloween party ideas 2015

Berikut ini adalah berita malaysia dan informasi terbaru hari ini untuk pemerintah diraja malaysia, selamat membaca, dan jangan lupa berikan komentar dan berikan pendapat anda tentang apa yang anda baca hari ini. selamat beraktifitas



Pepatah yang berbunyi 'Kuman seberang laut nampak tapi gajah depan mata tak nampak' sangat sesuai digunakan dalam perkara ini..



Yang Menteri Besar Kedah ini nampak ialah kesalahan Ketua Menteri Pulau Pinang, tapi kesalahan yang dia lakukan dia buat-buat tak nampak.



Katanya kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bahawa orang bukan Islam di negeri itu boleh menggunakan kalimah Allah disifatkan sebagai tidak sensitif terhadap perasaan orang Islam.



Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir berkata, tindakan itu juga menunjukkan Lim tidak ikhlas dan kenyataan itu dibuat atas dasar kepentingan politik.



"Saya terkejut bagaimana Guan Eng boleh mengeluarkan kenyataan seperti itu kerana ia bercanggah dengan enakmen dan fatwa yang ditetapkan (di peringkat kerajaan pusat).



"Sebagai Ketua Menteri beliau mesti pertahankan undang-undang yang ada di peringkat kebangsaan dan negeri," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Wisma Darul Aman di sini, Selasa lapor mStar









Tak apa... kita terima pendapat Mukhriz tentang Guan Eng itu.. Guan Eng memang tidak sensitif terhadap perasaan orang Islam.



Tapi.. aku tak hairan sangat kalau Guan Eng tidak sensitif terhadap perasaan orang Islam terutamanya macai dalam hal kalimah Allah ni.. sebab Guan Eng tu kafir..



Tapi bagaimana pula dengan seorang Menteri Besar yang berugama Islam yang memerintah sebuah negeri yang majoritinya penduduk berugama Islam boleh membenarkan penganjuran acara ratu cantik “Miss Tourism International: Show Extravaganza” disebuah pulau yang majoritnya penduduk berugama Islam?



Tidakkah sensitivi orang-orang Islam yang berada di Pulau Langkawi itu diambil kira oleh Mukhriz sebelum membenarkan acara ini berlangsung?






"Ia sama sekali bercanggah dengan imej yang cuba ditonjolkan seperti (program) Kedah Berselawat, dan cuba gambarkan beliau seorang Islamik," kata Pesuruhjaya PAS Kedah Datuk Mahfuz Omar.











from Anak Sungai Derhaka http://ift.tt/1z0WNU4

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.