Konsert Ambang Tahun Baharu Anjuran DAP Tak Peduli Mangsa Banjir | Aksi sekumpulan penonton dipercayai mabuk mencemari Konsert Ambang Tahun Baharu yang berlangsung dengan kerjasama kerajaan DAP Pulau Pinang di Padang Kota Lama malam kelmarin.
Konsert yang diteruskan walaupun mendapat gesaan daripada beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) supaya dibatalkan bagi menghormati mangsa banjir di pantai timur tersebut bermula kira-kira pukul 6.30 petang.
Kelakuan tidak terkawal lebih 30 pengunjung dipercayai warga asing itu semakin membimbangkan apabila mereka bertindak agresif memanjat antara satu sama lain ketika artis tempatan membuat persembahan pada pukul 11.30 malam.
Kumpulan berkenaan mengibarkan bendera dan lambang pertubuhan mereka sepanjang konsert berlangsung dan membuka baju, malah ada ketikanya hampir merempuh pagar keselamatan.
Keadaan menjadi tidak terkawal ketika persembahan artis tempatan kira-kira pukul 12.15 tengah malam berikutan seorang penonton wanita dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak memanjat pentas dan enggan turun.
Sementara itu, seorang pengunjung tempatan, Norazlina Hamdan, 38, dari Butterworth berkata, dia terkejut melihat aksi agresif segelintir penonton yang hadir bagi sambutan ambang tahun baharu itu.
Katanya, dia datang bersama suami dan anaknya sempena cuti umum termasuk untuk menderma kepada tabung mangsa banjir dilancarkan, namun berasa kecewa dengan sikap penonton yang tidak menghormati negara yang masih bersedih dengan bencana banjir besar di Pantai Timur.
“Orang ramai ingin berhibur secara sihat tetapi mereka mencemarkan sambutan dengan perbuatan tidak senonoh," katanya.
Seorang lagi pengunjung, Mohd. Roslan Shaari, 35, dari Bayan Lepas berkata, pengunjung harus lebih peka dengan perkembangan semasa terutama bencana banjir di Pantai Timur di sebalik sambutan tahun baharu itu.
"Jika hendak berhibur sekalipun, biarlah berpada-pada. Saya harap pihak berkuasa dapat memantau supaya apa yang berlaku pada konsert ini tidak berulang," katanya.
sumber
http://ift.tt/177qOGD

from KeZooM http://ift.tt/1wJCuUF
via Kezoom
malaysian and informasi , online malaysian news, malaysian article , malay and today, today malaysian news and information, malaysian update, enjoy reading the article, spread the word what you read today to get more better future. thanks
Post a Comment
This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself