Halloween party ideas 2015

Berikut ini adalah berita malaysia dan informasi terbaru hari ini untuk pemerintah diraja malaysia, selamat membaca, dan jangan lupa berikan komentar dan berikan pendapat anda tentang apa yang anda baca hari ini. selamat beraktifitas



"Ada yang terpaksa tidur beralaskan surat khabar, ada juga keluarga berasak-asak tidur atas sehelai tikar, kami juga terpaksa menahan kesejukan kerana kekurangan selimut.



"Jadi kami rayu jika ada pihak yang ingin menghantar bantuan selepas ini supaya dapat membawa lebih banyak selimut dan toto (comforter) kerana kami di Temerloh amat-amat memerlukannya," rayu Robiah Mohd Ali, 54.



Wanita itu merupakan antara lebih 3,000 mangsa banjir di pusat pemindahan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Sukan, Seberang Temerloh.







Menurutnya semasa berpindah ke pusat pemindahan itu petang Jumaat lepas bersama-sama keluarganya, dia hanya sempat membawa sehelai tikar dan beberapa helai pakaian.



Namun, katanya tikar itu diserahkan kepada satu keluarga yang mempunyai anak kecil berumur lima dan tiga tahun setelah tidak sampai hati melihat mereka hanya tidur beralaskan surat khabar.



"Alhamdulillah setakat ini kami memang tak pernah putus bab bekalan makanan, namun kami kekurangan selimut, toto, dan juga pakaian terutama untuk orang tua macam makcik.



"Kalau ada pakaian sampai pun tidak sesuai untuk orang tua yang kebanyakan tidak memakai baju t-shirt dan seluar, saiz pula kecil," katanya ketika ditemui pemberita di pusat itu.



Beliau menyifatkan banjir kali ini sebagai yang terburuk pernah di alaminya sejak lahir di Kampung Padang Tenggala, Seberang Temerloh.



"Bayangkan dalam masa beberapa jam, rumah hanya tinggal atap sahaja (yang nampak)," katanya.



Namun dia dan keluarga reda dengan ujian yang diterima itu dan enggan terlalu memikirkan soal itu..



Syarifah Dollah, 45, turut merayu pihak berkenaan supaya dapat membekalkan lebih banyak bantuan selimut kerana kebanyakan mangsa banjir kesejukan apabila malam ditambah lagi bila hujan.



"Di sini ramai orang tua dan kanak-kanak. Mereka tidak tahan sejuk, lebih-lebih lagi bila hujan, jadi jika dapat bantuan selimut, toto, kain batik atau pelikat sekurangnya dapatlah kami memanaskan badan," katanya ~ Malaysiakini







Pesanan aku buat yang nak tinggalkan komen..



Nak komen apapun komenlah pasal aku ni bersifat terbuka.. lagipun setakat kena maki dengan macai tu dah biasa dah..



Tapi tolong jangan guna ayat-ayat lucah pasal.. Intense Debate tu akan padamkan komen-komen dengan bahasa lucah itu secara automatik.. Harap maklum!!







from Anak Sungai Derhaka http://ift.tt/1vNHU1r

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.