Halloween party ideas 2015

Wina Pening, Ramai Mohon Kahwin Tapi Bukan Beli Rumah | Gara-gara iklan luarbiasanya, Wina pengiklan unik beli rumah dapat isteri akhirnya pening kepala melayan kerenah orang ramai yang menghubunginya.






"Ada seorang lelaki bujang dari Malaysia dan mengaku dirinya Datuk selalu hantar pesanan ringkas (SMS) dan beritahu mahu jadikan saya sebagai kekasihnya.



"Saya ada mempelawa dia berjumpa tetapi sehingga hari ini masih belum ada kata putus. Kalau 'gentle' jumpa sajalah, saya ok," kata Wina Lia, 40, dari Randu Gunting, Tamanmartani, Kalasan, Sleman, Jogjakarta yang terkenal selepas mengiklankan pakej ‘beli rumah dapat tuan rumah’ lebih dua minggu lalu.


Iklan Terbaik, Beli Rumah Dapat Isteri



Menurutnya, sehingga hari ini rumahnya belum terjual dan dia kini dalam dilema selepas menerima panggilan dan SMS hampir saban hari daripada lelaki bujang di beberapa negara termasuk Malaysia yang bukannya berminat membeli rumahnya, sebaliknya mahu menjadi kekasihnya, sekali gus mengahwininya.



Bagaimanapun, katanya, dia masih belum berjumpa dengan mana-mana lelaki yang sering menghubunginya dan menghantar SMS itu.



"Sebelum ini, mereka hanya berurusan dengan ejen yang membantu menjual rumah saya iaitu Dian tapi sekarang tidak lagi. Saya memberikan nombor telefon saya supaya memudahkan urusan berkenaan dan melihat reaksi mana-mana lelaki bujang di luar sana berkaitan perkara ini.



"Saya sekarang bingung kerana hampir saban hari menerima panggilan dan SMS daripada lelaki bujang termasuk Australia yang begitu serius untuk menjalin hubungan dengan saya.



"Mereka bukan lagi mahu membeli kediaman saya tetapi mahu menjadikan saya kekasih dan berkahwin.



"Semua itu masih dalam pertimbangan saya kerana saya juga tidak mahu terburu-buru dalam membuat keputusan. Kalau ada jodoh tidak ke mana, apa yang penting perlu bersemuka terlebih dulu untuk kenal antara satu sama lain," katanya.



Katanya, Dia juga pernah mendapat kiriman surat daripada seorang lelaki bujang dari Indonesia yang turut menghantar gambarnya sejak iklannya itu tersebar.



"Dalam surat itu, dia memaklumkan mahu mengenali saya lebih dekat. Saya juga ada menerima tawaran hebat daripada seorang lelaki tempatan yang mahu membeli rumah saya dengan harga lebih mahal daripada yang sepatutnya serta mengahwini saya.



"Saya kini masih menunggu untuk berjumpa dan bersemuka dengan mereka tapi semuanya masih belum memberikan jawapan berhubung perkara itu. Kalau betul minat jadilah lelaki yang 'gentle man' dan dia boleh tatap wajah saya," katanya.



Harian Metro baru-baru ini melaporkan, Wina menjadi terkenal apabila mahu menjual rumahnya, sekali gus sudi mengahwini pembeli rumahnya, termasuk dari Malaysia.



Dia mengiklankan rumahnya di Internet baru-baru ini dengan menggunakan ayat ‘Penawaran Langka Abad Ini !!! Beli rumahnya bisa mengajak pemiliknya menikah (syarat dan ketentuan berlaku) hanya untuk pembeli serius dan tanpa nego’.



Rumah berkeluasan 523 meter persegi itu mahu dijual dengan harga Rp 999,000,000.00 (RM282,601).



sumber

http://ift.tt/1HT9y7v





from KeZooM http://ift.tt/1HT9y7w

via Kezoom

malaysian and informasi , online malaysian news, malaysian article , malay and today, today malaysian news and information, malaysian update, enjoy reading the article, spread the word what you read today to get more better future. thanks

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.