Gaji Rendah, Guru KAFA Dihalang Masuk SUK : Niat seorang guru Kelas Fardhu Ain (KAFA) untuk menyerah memorandum tuntutan kenaikkan gaji rakan-rakan sekerjanya kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor bertukar kecoh apabila dihalang daripada memasuki Bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri.
Dalam video yang dimuat naik, wakil berkenaan merayu berkali-kali kepada pengawal bertugas untuk menyerahkan memorandum.
Bagaimanapun permintaan itu tidak diendahkan dan keadaan menjadi kecoh apabila dia diheret kerana dikatakan tidak mematuhi syarat yang ditetapkan.
Sejurus selepas insiden pada tengahari Rabu, guru berkenaan Ekhsan Bukhari Badrul Hisyam, menemui media di perkarangan bangunan berkenaan.
Jelasnya, penyerahan memorandum dibuat bagi menuntut kerajaan negeri menunaikan janji yang dibuat pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang berjanji untuk menaikkan gaji minimum RM1500 sebulan.
“Kami dibuat seperti penagih yang dahagakan jawatan tetap, manakala kebajikan kami sebagai guru (KAFA) yang memegang amanah mendidik terus terabai.
“Cuba bayangkan dalam keadaan rakyat terus ditekan oleh kenaikan kos sara hidup sekarang ditambah dengan GST, mana mungkin seorang guru KAFA yang bergaji bersih RM1212 mengurus ekonomi rumah tangga”, jelasnya.
Tambahnya, terdapat guru KAFA yang terpaksa melakukan kerja sampingan untuk menampung kos saraan keluarga.
“Ada guru-guru KAFA terpaksa menangung anak-anak, sehingga ada yang menjadi tukang sapu (cleaner), mengajar kelas mengaji dari rumah ke rumah, kerja di stesen-stesen minyak, memotong rumput, menjual kuih-muih,” dakwanya.
Permintaan Ekhsan kemudian mendapat perhatian salah seorang pegawai bertugas yang berjanji untuk menyerahkan memorandum berkenaan kepada Setiausaha Sulit Menteri Besar, Datuk Mohamad Yasid Bidin untuk diedarkan kepada ADUN Selangor.
sumber
http://ift.tt/1a7nz2A
from KeZooM http://ift.tt/1PlBQJU
via Kezoom
malaysian and informasi , online malaysian news, malaysian article , malay and today, today malaysian news and information, malaysian update, enjoy reading the article, spread the word what you read today to get more better future. thanks
Post a Comment
This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself