Halloween party ideas 2015

Sinar Harian





  • Zuraida Kamaruddin










SHAH ALAM - Wanita PKR sedia membantu jentera parti itu untuk memenangi PRK Permatang Pauh selepas kerusi berkenaan diumumkan kosong.



Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin berkata, pihaknya kini bergiat aktif dalam membuat persediaan serta menyalurkan kemudahan perkhidmatan bagi memastikan kelancaran pada pilihanraya tersebut.



“Dengan tangan yang sudah dinaikkan, jentera pilihanraya kita sudah bersedia untuk berjuang pada kali ini.



“Pengarah Wanita PKR, Haniza Talha yang juga Adun bagi Taman Medan kini sedang rancak bekerja bagi memastikan kemenangan di Permatang Pauh kekal milik PKR,” katanya menerusi kenyataan hari ini.



Menurut Zuraida lagi, pihaknya juga sudah merancang strategi pilihanraya dengan teliti dan bersedia dengan elemen kejutan sekiranya Umno mula mengorak langkah di pilihanraya di Permatang Pauh nanti.



“Penduduk Permatang Pauh sudah biasa dengan kami (PKR). Tempat-tempat seperti Kampung Pelet, Kampung Terus, Kampung Kuala Mengkuang, Kampung Padang Ibu dan Tanah Liat adalah kubu kuat kami.



“Kami yakin bahawa kali ini pengundi Permatang Pauh akan menunjukkan kesetiaan mereka pada PKR dan Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui peti undi dan kami juga akan mengekalkan kerusi ini dengan majoriti yang lebih tinggi,” tegasnya.



Zuraida dalam pada itu turut merakamkan ucapan takziah ke atas kematian bapa Datuk Anwar Ibrahim yang meninggal dunia semalam.





from indah.com http://ift.tt/1GGvcd7

Dapatkan informasi informasi terbaru dan terhangat dengan cara klik join this blog, atau follow dengan email subscribe, dukungan andalah yang membuat blog ini akan terus berkreasi dan tetap ada di jajaran google search, jangan lupa untuk memberikan kometar dan jadikan ilmu yang anda baca ini berguna tidak bagi anda seorang, tetapi lebih baik lagi jika anda menyebarkannya dan membuat orang lain tahu apa yang anda ketahui hari ini, selamat beraktifitas.

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.