“Bila sudah 15 minit berada di bilik rakaman tersebut macam mula-mula itu saya mahu berhenti sebab sudah tidak boleh fokus lagi seperti mahu pengsan. Jadi saya berehat dahulu sehinggakan krew-krew yang lain memberikan saya coklat untuk membuatkan saya bertenang,” katanya yang ditawarkan sebagai salah seorang watak alih suara bahasa melayu filem Transformers yang dijangka akan ditayangkan di saluran HBO pada Raya pertama ini.
Tambahnya lagi, sungguhpun tidak melakukan aksi-aksi seperti berlakon dalam drama, proses rakaman ini membuatkan dirinya perlu fokus dan menghayati setiap peranan dan watak yang diberikan pengarah kepadanya.
“Ini pertama kali saya melakukan proses rakaman atau ‘dubbing’ yang sememangnya tidak dinafikan lagi ini adalah perkara yang susah berbanding dengan lakonan di depan kamera. Tetapi saya sungguh teruja untuk membuatnya walaupun ini adalah pengalaman pertama”
“Contohnya kalau dalam filem itu nkena berlari saya akan termengah-mengah juga berlari dalam studio walaupun pengarah kata tidak perlu, tetapi saya inginkan feel itu,” ujarnya yang menerima tawaran ini selepas sahaja memenagi Artis Baru Wanita Popular ABPBH 2014.
Sementara itu, Ayda Jebat akan memasuki studio untuk merakamkan single nya yang terbaru.
“Selepas ini saya akan merakamkan lagu terbaru dan agak berdebar juga kerana saya sememangnya daripada awal merupakan penyanyi yang dilahirkan menerusi program reality dan akan sibuk pula ke studio selepas sahaja penggambaran drama, “ tambahnya lagi.
sumber
http://ift.tt/1BQLn8E
from KeZooM http://ift.tt/1GNYfen
via Kezoom
malaysian and informasi , online malaysian news, malaysian article , malay and today, today malaysian news and information, malaysian update, enjoy reading the article, spread the word what you read today to get more better future. thanks
Post a Comment
This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself