Erra Fazira, "Bekas Suami Dah Buat Laporan Polis" | Erra Fazira memberitahu bekas suaminya iaitu Engku Emran Engku Zainal Abidin sudah mengambil tindakan dengan membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) selepas gambar anak mereka, Engku Alessya digunakan sebuah laman web lu-cah.
Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, 41, berkata, Engku Emran sudah melaporkan perkara itu pada Khamis lalu agar tindakan sewajarnya segera dilakukan.
"Bapa Aleesya sudah ambil tindakan dan buat laporan di SKMM Khamis lalu dan kita lihatlah perkembangannya nanti. Saya harap laman web tersebut sudah disekat.
"Perkara ini serius apabila ada manusia-manusia yang sakit mental melibatkan kanak-kanak yang tidak tahu apa-apa dalam aktiviti haram mereka," ujarnya.
Erra berkata demikian ketika diminta mengulas tentang foto-foto anaknya Engku Aleesya, 6, dikesan menjadi mangsa di laman web lu-cah kanak-kanak.
Selain Erra, anak pelawak Harith Iskander dan anak penyanyi Tomok turut menjadi mangsa.
Katanya, sebagai ibu sudah tentu dia berasa terkejut, kecewa dan marah apabila foto anaknya bersama kanak-kanak lain di eksploitasi oleh individu tidak bertanggungjawab.
Dalam pada itu, Erra percaya, pesalah yang melakukan perkara tersebut merupakan pesakit mental yang sentiasa berimaginasi buruk, biarpun kanak-kanak itu berpakaian lengkap.
"Perkara ini bukan sebab kita muat naik gambar-gambar yang seksi sahaja, kalau gambar kanak-kanak itu berpakaian lengkap sekalipun mereka (suspek) ada imaginasi sendiri,” ujarnya.
Bagaimanapun, katanya, pengajaran daripada perkara tersebut adalah untuk lebih berhati-hati dan pantau setiap gambar sebelum dimuat naik.
"Kita kongsi gambar dengan niat baik untuk berkongsi dengan peminat mengenai orang yang kita sayang. Kalau tak kongsi gambar anak nanti lain pula orang mengata.
"Jadi pengajaran di sini bukan saya sahaja tetapi orang lain juga perlu lebih berhati-hati. Saya sendiri tidak tahu dari mana mereka dapat gambar-gambar Aleesya itu dan sudah tentu bukan daripada saya," ujarnya.

from KeZooM http://ift.tt/1BTI6Fp
via Kezoom
malaysian and informasi , online malaysian news, malaysian article , malay and today, today malaysian news and information, malaysian update, enjoy reading the article, spread the word what you read today to get more better future. thanks
Post a Comment
This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself