Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Mustafa Ali menyatakan kesediaanya memberi penerangan kepada anggota Gerakan Harapan Baru (GHB) berhubung agenda politik DAP, lapor Sinar Harian.
Bekas setiausaha agung PAS itu berkata, amaran diberikan kepada GHB supaya mereka tidak terperangkap dengan agenda DAP memandangkan segelintir mereka dilihat sudah menjadi "burung kakak tua" mengikut gaya politik parti sekular itu.
Menurut Mustafa, beliau bimbang pemimpin GHB akan meninggalkan agenda hudud apabila bersama DAP yang jelas menolak pelaksanaan undang-undang Islam tersebut.
"Yang menjadi pertikaian antara PAS dan DAP ialah hudud. DAP kata, anda hendak bersama dengan kita tinggal hudud sebab DAP merasakan dia boleh menguasai pengundi Cina sekarang.
"Mereka ini hendak menang pilihan raya memerlukan undi Cina sebab dia punya matlamat jangka pendek hendak menang pilihan raya," katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.
Mustafa turut mengingatkan GHB supaya mempertimbangkan semula dan berfikir dengan sebaik-baiknya keputusan menubuhkan parti baharu.
"Sebab itu saya minta mereka fikir panjang dan buat perhitungan yang benar-benar matang dalam mengambil tindakan yang mereka hendak buat," katanya.
Pada masa sama, beliau turut menolak desakan segelintir pemimpin PAS yang meminta ahli kumpulan GHB meletak jawatan sebagai wakil rakyat kerana beranggapan mereka sepatutnya diberi peluang.
Bagaimanapun, beliau berkata sekiranya pemimpin tersebut menyertai parti baharu, secara rasminya keahlian mereka dalam PAS akan terbatal.
"Kalau sudah keluar PAS tubuh parti baharu dan lawan PAS, saya juga akan lawan mereka," katanya. - TMI
PAS sendiri sudah terperangkap dengan agenda UmnoBN.
from Lagi Berita http://ift.tt/1VxKQ1y
Berita malaysia terbaru - terkini - terpopular siap di nikmati dan disajikan dengan penuh emosi, sebarkan pengetahuan kepad kalayak umum , jika anda merupakan pemerhati dunia internet dan pemerhati kemajuan informasi, maka jangan lupa follow blog ini dan sebarkan apa yang baca, karena pada dasarnya informasi adalah hak bagi semua manusia, selamat membaca dan selamat beraktifitas, blog post ini semoga dapat bermanfaat bagi anda semua, sampai juga di post post dan berita berita selanjutnya, dukung terus perkembangan blog.
Post a Comment
This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself