SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengambil tindakan undang-undang terhadap The Wall Street Journal (WSJ) berikutan laporan mengatakan terdapat syarikat yang mempunyai kaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menyalurkan dana sebanyak AS$700 juta (RM2.6 bilion) ke akaun peribadi beliau.
Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Muhammad Khairun Aseh berkata, laporan tersebut disifatkan sebagai satu fitnah jenayah.
“Laporan itu sungguh berniat jahat dan tidak berasas dengan sumber yang lemah dan meragukan.
“Kita akan ambil tindakan mengikut undang-undang,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Akhbar kewangan antarabangsa, WSJ dalam laporannya mendedahkan apa yang dikatakan sebagai penemuan oleh penyiasat Malaysia kononnya telah mengesan hampir AS$700 juta didepositkan ke dalam apa yang mereka percaya sebagai akaun bank peribadi Najib.
Laporan itu berdasarkan dokumen-dokumen dari satu siasatan kerajaan, yang telah diperolehi oleh akhbar itu dan laman web Sarawak Report. - SH
from Lagi Berita http://ift.tt/1TaRadp
Berita malaysia terbaru - terkini - terpopular siap di nikmati dan disajikan dengan penuh emosi, sebarkan pengetahuan kepad kalayak umum , jika anda merupakan pemerhati dunia internet dan pemerhati kemajuan informasi, maka jangan lupa follow blog ini dan sebarkan apa yang baca, karena pada dasarnya informasi adalah hak bagi semua manusia, selamat membaca dan selamat beraktifitas, blog post ini semoga dapat bermanfaat bagi anda semua, sampai juga di post post dan berita berita selanjutnya, dukung terus perkembangan blog.
Post a Comment
This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself