Halloween party ideas 2015

Berikut ini adalah berita malaysia dan informasi terbaru hari ini untuk pemerintah diraja malaysia, selamat membaca, dan jangan lupa berikan komentar dan berikan pendapat anda tentang apa yang anda baca hari ini. selamat beraktifitas

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed dilaporkan sedang bercuti, sewaktu badan penguasa yang menyiasat kemasukan wang ke dalam akaun peribadi perdana menteri itu, disiasat polis.

Sinar Harian hari ini melaporkan beliau berkata demikian kepada akhbar itu ketika dihubungi bagi mengulas berkenaan siasatan SPRM ke atas kes itu.

"Saya sedang bercuti, hubungi Mus (Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM Datuk Mustafar Ali),” katanya dipetik daripada akhbar itu.

Tindakan penuh tanda tanya itu diambilnya ketika badan itu kini menjadi sasaran siasatan polis yang sudah melakukan beberapa serbuan ke atas pegawai tertinggi SPRM.

Pada masa sama, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdull sebelum ini dilaporkan akan disiasat polis berkaitan kebocoran maklumat siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Semalam, SPRM juga menganjurkan majlis solat hajat diketuai Timbalan Ketua Pesuruhjayanya Datuk Seri Zakaria Jaffar, disertai kira-kira 100 kakitangan di bangunan ibu pejabat badan pencegah rasuah itu di Putrajaya selepas solat zohor.

Selesai solat, Zakaria mengetuai bacaan doa dan memberi tazkirah ringkas memohon supaya perjuangan SPRM membela nasib bangsa dan negara dapat diteruskan.

Kelmarin, polis Cawangan Khas menyoal siasat Pengarah (Operasi Khas) SPRM Datuk Bahri Mohamad Zin bagi membantu siasatan dalam kes kebocoran maklumat siasatan 1MDB.

Manakala bekas penasihat SPRM Tan Sri Rashpal Singh ditahan Sabtu lalu dipercayai ada kaitan dengan laporan pertemuannya dengan Editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown di London. 

Polis Cawangan Khas turut menyerbu pejabat Timbalan Pendakwa Raya SPRM Ahmad Sazilee Abdul Khairi mencari dokumen berkaitan syarikat pelaburan negara yang sarat dibebani hutang berbilion ringgit itu.

Serbuan di pejabat Sazilee di Bahagian Operasi Khas SPRM Putrajaya itu turut merampas sebuah komputer riba, malah kediamannya juga diperiksa.

Semua siri serbuan polis ini berlaku selepas Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggalas tanggungjawab sebagai timbalan perdana menteri, mengambil alih daripada Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dipecat Datuk Seri Najib Razak lapor The Malaysian Insider




from Anak Sungai Derhaka http://ift.tt/1SMd6ij

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.