Halloween party ideas 2015

Dua beranak warga Iran dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di Shah Alam, hari ini selepas didapati bersalah mengedar 2.5 kilogram dadah jenis methamphetamine di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA), Sepang, 3 tahun lepas.

Hakim Datuk Ghazali Cha menjatuhkan hukuman itu selepas berpuas hati yang pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan membabitkan kedua-dua wanita itu.

Sejurus mahkamah membuat keputusan itu, Tayebeh Abbasali Najafi, 36, dilihat memujuk ibunya Parvin Yousef Ilanlou, 57, yang menangis teresak-esak dengan hukuman berkenaan.

Tayebeh didakwa mengedar 1297.5 gram methamphetamine di kawasan pintu keluar Pemeriksaan Kastam, Balai Ketibaan Antarabangsa KLIA pada 25 September 2012.

Parvin pula didakwa mengedar 1245.6 gram dadah jenis sama di tempat, masa dan tarikh sama.

Kedua-dua beranak itu didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum mengikut Seksyen 39B (2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Seramai 5 saksi pendakwaan dan 2 saksi pembelaan dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Selangor Siti Noorbaya Jamil sementara dua beranak itu diwakili peguam Muhammad Zaim Azfar Jalaludin. – Bernama


from Lagi Berita http://ift.tt/1N0smF0
Berita malaysia terbaru - terkini - terpopular siap di nikmati dan disajikan dengan penuh emosi, sebarkan pengetahuan kepad kalayak umum , jika anda merupakan pemerhati dunia internet dan pemerhati kemajuan informasi, maka jangan lupa follow blog ini dan sebarkan apa yang baca, karena pada dasarnya informasi adalah hak bagi semua manusia, selamat membaca dan selamat beraktifitas, blog post ini semoga dapat bermanfaat bagi anda semua, sampai juga di post post dan berita berita selanjutnya, dukung terus perkembangan blog.

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.