Halloween party ideas 2015

Mahkamah Keluar Waran Baru Tangkap Putri Mardiana | Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur mengeluarkan waran tangkap baru terhadap pelakon Putri Mardiana Zainal Abidin dan pasangannya Shahrizam Abdullah selepas mereka gagal hadir pada sebutan kes khalwat, semalam.

Mahkamah Keluar Waran Baru Tangkap Putri Mardiana

Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin juga mengarahkan waran tangkap itu dilaksanakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) selepas kedua-dua tertuduh tidak hadir ke mahkamah tanpa maklumat meskipun waran tangkap dikeluarkan pada 25 Ogos lalu.

Mahkamah menetapkan 17 November depan untuk sebutan kes.

Pada awal prosiding, Pendakwa Syarie Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Mohamad Saufi Mastor Lani memaklumkan kepada mahkamah, waran tangkap dikeluarkan pada tarikh lalu gagal dilaksanakan Pegawai Penguat Kuasa Agama (PPA) JAIS lalu memohon waran tangkap baru dilaksanakan PDRM.

Pada 25 Ogos lalu, mahkamah sama mengeluarkan waran tangkap terhadap pelakon filem Ngangkung itu dan Shahrizam selepas tidak hadir tanpa mengemukakan alasan munasabah kepada mahkamah.

Malah waran tangkap turut dikeluarkan kepada penjamin Putri Mardiana yang sepatutnya hadir pada sebutan kes berkenaan.

Pada 23 Jun lalu, Putri Mardiana, 34, dan Shahrizam, 31, mengaku tidak bersalah atas tuduhan berkhalwat dan dibebaskan dengan ikat jamin RM1,500 setiap seorang.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa melakukan perbuatan itu di premis kediaman beralamat C-05-08 Jalan UP 1/1D Jalan Ukay Perdana, Hulu Klang pada jam 3.03 pagi, 14 Disember 2014.

sumber
http://ift.tt/1Ljvewt


from KeZooM http://ift.tt/1QKwvuq
via Kezoom
malaysian and informasi , online malaysian news, malaysian article , malay and today, today malaysian news and information, malaysian update, enjoy reading the article, spread the word what you read today to get more better future. thanks

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.