Halloween party ideas 2015

ROSEBURG (Oregon): Seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan di sebuah kolej komuniti di selatan Oregon pada Khamis, membunuh sembilan orang dan mencederakan tujuh yang lain.

Lelaki itu kemudiannya ditembak mati oleh polis, kata pihak berkuasa dalam kes terkini pembunuhan besar-besaran melibatkan kampus di Amerika.

Gabenor Kate Brown berkata, suspek, lelaki berusia 20 tahun terbunuh dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis di Dewan Snyder di Umpqua Community College di Roseburg selepas kejadian amuk kira-kira pukul 10.30 pagi waktu tempatan.

Lelaki bersenjata itu masih belum dikenal pasti oleh pihak berkuasa, yang berkata mereka masih menyiasat motif kejadian.


CNN melaporkan bahawa tiga pistol dan senapang milik suspek telah ditemui di tempat kejadian.

Pembunuhan beramai-ramai itu adalah yang terbaru di AS dalam siri tembakan beramai-ramai di kampus kolej, pawagam, pengkalan tentera dan gereja pada tahun-tahun kebelakangan ini dan menyebabkan kematian dengan kejadian terkini berlaku di sebuah gereja South Carolina yang mengorbankan sembilan nyawa pada Jun lalu.

Pembunuhan telah mendorong permintaan kawalan lebih ketat terhadap senjata api di Amerika Syarikat.

Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, yang bercakap hanya beberapa jam selepas kejadian amuk itu berkata, pembunuhan beramai-ramai harus menggerakkan rakyat Amerika untuk menuntut kawalan senjata api yang lebih besar daripada pegawai yang dipilih.

"Entah bagaimana, ia telah menjadi rutin," kata Obama yang kelihatan marah.

"Laporan seperti ini menjadi rutin. Jawapan saya di sini, di podium ini, berakhir sebagai rutin," katanya. - Mstar

from Lagi Berita http://ift.tt/1MMcLWH
Berita malaysia terbaru - terkini - terpopular siap di nikmati dan disajikan dengan penuh emosi, sebarkan pengetahuan kepad kalayak umum , jika anda merupakan pemerhati dunia internet dan pemerhati kemajuan informasi, maka jangan lupa follow blog ini dan sebarkan apa yang baca, karena pada dasarnya informasi adalah hak bagi semua manusia, selamat membaca dan selamat beraktifitas, blog post ini semoga dapat bermanfaat bagi anda semua, sampai juga di post post dan berita berita selanjutnya, dukung terus perkembangan blog.

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.