Halloween party ideas 2015

Adik Tiada Niat Bunuh Abang, Menyesal Tak Sudah | “Adik ada bagitahu, dia tidak berniat bunuh abangnya. Dia menyesal dan banyak kali mohon maaf kepada kami sekeluarga,” kata abang sulung kepada mangsa kejadian tikam di Kampung Chuah, Port Dickson petang kelmarin.

Adik Tiada Niat Bunuh Abang, Menyesal Tak Sudah

Abang sulung yang enggan dikenali itu berkata, dia dan ahli keluarga yang lain ada menghubungi adiknya untuk memintanya pulang ke rumah.

“Saya hubungi dia dan tanya kenapa dia buat begitu. Dia menangis dan minta maaf kepada kami kerana tidak sangka jadi begitu.

“Dia sedia beri kerjasama dengan polis dan mahu pulang ke rumah untuk memohon maaf kepada kami sekeluarga,” katanya ketika ditemui pemberita di perkarangan bilik mayat Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ), di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 2.30 petang itu, mangsa berusia 33 tahun meninggal dunia akibat terkena tikaman di dada ketika bergelut dengan adik lelakinya.

Mangsa yang bekerja di bahagian khidmat pelanggan di sebuah syarikat di Sepang, Selangor disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Klinik Kesihatan Bukit Pelandok.

Kejadian dipercayai berlaku apabila mangsa menegur perbuatan adiknya yang berebut alat kawalan jauh televisyen dengan anaknya berusia lima tahun.

Sementara itu, abang sulung berusia 40-an itu berkata, adiknya itu bukan melarikan diri disebabkan tindakannya itu, malah tidak tahu abangnya meninggal dunia.

“Pada awalnya, dia tidak tahu abangnya sudah meninggal dunia, kami minta dia datang ke hospital untuk melawat abang.

“Polis hubungi adik, dia masih boleh menjawab panggilan dan sedia beri kerjasama dan akan pulang ke rumah,” katanya.

Menurutnya, kali terakhir dia bertemu dengan arwah ialah pagi Isnin lalu ketika mahu pulang semula ke Johor untuk urusan kerja.

“Arwah ada tegur saya kenapa pulang awal kerana biasanya saya pulang ke Johor pada waktu petang. Saya bagitahu dia terpaksa pulang pagi kerana ada urusan kerja.

“Kami berbual sekejap dan bersalaman sebelum pulang. Saya melihat arwah banyak diam dan tak  sangka itu tanda dia mahu pergi,” katanya.

Menurut abang sulung kepada enam adik-beradik itu, Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan dua anak berusia lima dan 11 tahun.

Jenazah dikebumikan di Sepang selepas solat Zuhur, semalam.

sumber
http://ift.tt/1L0TXT4


from KeZooM http://ift.tt/1LzTPNR
via Kezoom
malaysian and informasi , online malaysian news, malaysian article , malay and today, today malaysian news and information, malaysian update, enjoy reading the article, spread the word what you read today to get more better future. thanks

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.