Halloween party ideas 2015

Kamal Adli Kecewa Di Singkir Dari "Abang Long Fadil" | Kamal Adli berasa terkilan apabila penerbit filem Abang Long Fadil iaitu Datuk Yusof Haslam mengambil keputusan untuk menggugurkan namanya terlibat dengan karya sekuel itu.

Kamal Adli Kecewa Di Singkir Dari "Abang Long Fadil"

Kamal kecewa memandangkan dia sudah mengosongkan slot jadual penggambaran sejak setahun lalu dan tidak menerima sebarang tawaran lakonan pada tempoh berkenaan.

"Tipulah kalau saya kata saya ok. Jujurnya saya kecewa kerana saya sudah 'lock' tarikh penggambaran setahun lalu.

"Tambah pula saya bersenam dan membuat latihan kecergasan untuk tampil bertenaga dalam filem berkenaan. Malah saya sukakan karakter yang diberi itu," lapor mStar Online.

Khamis lalu, Yusof yang mewakili syarikat penerbitannya iaitu Skop Production mengesahkan di sebuah portal bahawa dia sudah menggugurkan nama Kamal bagi filem sekuel Abang Long Fadil.

Pengguguran itu dibuat bagi mengelakkan konflik antara Kamal dan Zizan sepanjang penggambaran berlangsung.

Difahamkan, kedua-dua selebriti itu mempunyai konflik antara satu sama lain gara-gara perasaan iri hati Zizan yang berhubungan rapat dengan bekas kekasihnya, Emma Maembong.

Sementara itu, Kamal menyifatkan penggugurannya dalam filem berkenaan mempunyai hikmah tersendiri.

"Saya anggap perkara itu tidak ada rezeki dan tidak mahu bercerita panjang.

"Lebih baik saya fikirkan masa depan dan kerja-kerja lain yang akan dilaksanakan. Walaupun kecewa, saya cuba mengambil pendekatan untuk berfikiran lebih positif" tegasnya.

Dalam perkembangan lain, Kamal bakal muncul menerusi filem Apartment dan Isteri Untuk Dijual pada Disember ini.

sumber
http://ift.tt/1ki2XKs


from KeZooM http://ift.tt/1PbwLnM
via Kezoom
malaysian and informasi , online malaysian news, malaysian article , malay and today, today malaysian news and information, malaysian update, enjoy reading the article, spread the word what you read today to get more better future. thanks

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.