Halloween party ideas 2015

Limosin Bawa Rajinikanth Disewa Sepanjang Hari - Syarikat Limo | Sebuah limosin dihiasi dengan pelekat 'Hello Kitty' yang digunakan membawa aktor filem Tamil, Rajinikanth disewa sepanjang hari dan bukannya beberapa jam, dakwa sebuah syarikat perhubungan awam (PR) di negara ini.

Limosin Bawa Rajinikanth Disewa Sepanjang Hari - Syarikat Limo

Pengarah Urusan Malik Stream Corporation Sdn Bhd, Abdul Malik Datshigeer turut menafikan dakwaan bahawa pemandu limosin tersebut dipaksa menyerahkan telefon bimbitnya sebagaimana yang dilaporkan pada Khamis.
"Kami tidak menggunakan sebarang taktik kekerasan.

"Hakikatnya kami memberikan wang tunai tambahan sebagai insentif kepadanya kerana memandu ke Melaka," katanya pada sidang media, Khamis lalu.

Pada Rabu syarikat kereta sewa itu mendakwa bahawa pemandu limosin tersebut dipaksa membawa bintang filem dari India itu ke Melaka pada petang Isnin, walaupun dia diarahkan untuk mengambil seorang VIP lain pada waktu yang sama.

Rajinikanth turut membuat penampilan ringkas pada sidang media itu dan menyapa Abdul Malik.

Abdul Malik berkata syarikatnya juga turut menamatkan perkhidmatan 20 pengawal yang ditugaskan untuk memantau majlis tersebut selepas menerima aduan mereka berkelakuan agresif.

Pengurus Besar Malik Stream, Ismail Abdul Rashid berkata beliau telah membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur.

sumber
http://ift.tt/1ki2XKo


from KeZooM http://ift.tt/1PbwLnH
via Kezoom
malaysian and informasi , online malaysian news, malaysian article , malay and today, today malaysian news and information, malaysian update, enjoy reading the article, spread the word what you read today to get more better future. thanks

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.