Leher Remaja Tembus Terkena Besi Pengangkat Kelapa Sawit | Kita yang melihatnya berasa ngilu dan ngeri, apatah lagi empunya badan yang tertusuk besi pengangkat kelapa sawit dari kiri belakang badan sehingga menembusi leher kanan seperti yang berlaku kepada Nazif Azamuddin Mohd Yusuf, 15, bakal calon peperiksaan bertulis Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) Isnin depan.
Dalam kejadian di Kampung Tebuk Jawa, di sini, 10.00 pagi semalam, remaja terbabit, dikatakan membantu rakannya memunggah kelapa sawit, namun terjatuh sebelum tertusuk besi sepanjang 1.2 meter itu.
Bapa mangsa, Mohd Yusuf Mohd Daduri, 49, berkata, anak ketiga daripada tujuh beradik itu tidak bersekolah pada hari kejadian kerana bercuti ekoran jerebu sebelum bertemu dengan rakannya yang sedang memunggah sawit.
"Saya hanya mengetahui kejadian itu kira-kira jam 10.30 pagi selepas dimaklumkan rakan. Saya kemudian membawanya ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ), di sini, untuk rawatan lanjut namun dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk tindakan lanjut," katanya.
Katanya, besi yang tertusuk pada badan anaknya juga sudah dikeluarkan dan kini keadaannya stabil namun perlu dipantau pasukan perubatan.
sumber
http://ift.tt/1MesESR
http://ift.tt/1Ollb9a
from KeZooM http://ift.tt/1MesGKJ
via Kezoom
malaysian and informasi , online malaysian news, malaysian article , malay and today, today malaysian news and information, malaysian update, enjoy reading the article, spread the word what you read today to get more better future. thanks
Post a Comment
This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself