Halloween party ideas 2015

Mesej Pada Ronaldo Bukan Kerana Cinta - Siti Nurhaliza  | Datuk Siti Nurhaliza Tarudin menafikan tuduhan kononnya beliau memadam komen safe flight dear pada status Instagram bintang bola sepak dunia, Christiano Ronaldo selepas ia menjadi viral di kalangan peminat negara ini.

Mesej Pada Ronaldo Bukan Kerana Cinta - Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza, 36, berkata, disebabkan terlalu banyak komen pada status berkenaan sehingga mencecah puluhan ribu, maka agak sukar untuk orang ramai mencari mesej yang ditulisnya itu.

"Saya tidak padam pun, cuma orang tidak dapat cari sebab terlampau ramai orang Malaysia yang komen di situ hingga komen saya tidak dijumpai," ujarnya kepada mStar Online.

Siti Nurhaliza ditemui pada sidang media konsert Satu Suara Volume 2 di Istana Budaya di sini pada Isnin.

Terdahulu ucapan safe flight dear (semoga selamat dalam penerbangan) yang ditulis Siti pada Instagram Ronaldo pada Rabu lalu mendapat perhatian selepas ia menjadi viral sehingga ada yang memberikan komen negatif dan positif.

Siti juga berkata, ucapannya itu tidak memberi sebarang maksud yang berkaitan perasaan sehingga ia menimbulkan rasa kurang senang segelintir pihak.

"Perkataan itu adalah normal sahaja kalau dibaca dalam nada yang betul, tidak sampai bergetar tulang rusuk pun," ujarnya.

Dalam pada itu Siti meminta agar orang ramai tidak besarkan isu itu sebaliknya melihat daripada sudut positif terhadap apa yang ditulis.

Mesej Pada Ronaldo Bukan Kerana Cinta - Siti Nurhaliza

Siti berkata, ia merupakan tindakan spontan yang dilakukannya bagi menzahirkan rasa kagum dengan kebaikan pemain bola sepak itu terhadap umat Islam seluruh dunia.

"Tidak ada apa yang perlu diperbesarkan, pada saya ucapan seperti itu adalah normal dan spontan sahaja, macam peminat saya yang mendoakan semoga saya selamat sampai ke satu-satu destinasi.

"Saya bukan peminat tegar dia dan saya tidak ambil tahu sangat tentang bola sepak dunia cuma sejak beberapa berita tentang sumbangan Ronaldo berkaitan umat Islam membuatkan saya tersentuh dan ingin melihat kehidupan dia di laman sosial," ujarnya.

sumber
http://ift.tt/1OiOTxa


from KeZooM http://ift.tt/1GtGaQI
via Kezoom
malaysian and informasi , online malaysian news, malaysian article , malay and today, today malaysian news and information, malaysian update, enjoy reading the article, spread the word what you read today to get more better future. thanks

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.