Tak betullah nampaknya kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Kerja Raya tentang alasan Kerajaan BN yang diterajui oleh Najib menaikkan harga tol..
Menurut Kementerian Kerja Raya, wang berkenaan boleh digunakan bagi menyediakan lebih banyak kemudahan kesihatan seperti membina lebih banyak hospital, membina lebih banyak sekolah dan sebagainya.
Tak betul.. sebab dulu kan Najib dah kata GST yang dikenakan terhadap rakyat Malaysia nak digunakan untuk membina Sekolah, Hospital dan juga Masjid serta Rumah Ibadat lain-lain agama..
Menurut Najib hari ini tol terpaksa dinaikkan kerana Kerajaan mempunyai wang yang terhad dan terpaksa memilih sama ada membayar pampasan kepada operator tol atau menyalurkan wang yang sama kepada rakyat melalui BR1M.
Persoalannya disini.. ketika mengumumkan pemberian BR1M kepada rakyat Malaysia yang kurang mampu tidakkah Najib dan Menteri-menterinya memikirkan kemampuan kerajaan untuk memberikan BR1M?
Apakah tidak dijalankan sebarang kajian terlebih dahulu sebelum dilaksanakan perkara itu?
Kenapa perlu dilaksanakan jika akhirnya beban untuk membiayainya diletakkan ke bahu rakyat dengan menaikkan kadar tol?
Apa guna diberikan BR1M jika akhirnya rakyat terpaksa membayar lebih dari jumlah yang mereka terima dari BR1M itu untuk membayar tol?
Laporan berkaitan..
Perdana Menteri Datuk Seri Najib mempertahankan kenaikan kadar tol lebuh raya yang berlaku pada 15 Oktober lalu dengan alasan kerajaan terpaksa mengurangkan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) jika tidak berbuat demikian.
Menurutnya, ini kerana kerajaan mempunyai wang yang terhad dan terpaksa memilih sama ada membayar pampasan kepada operator tol atau menyalurkan wang yang sama kepada rakyat melalui BR1M.
"Anda tak naikkan tol, awak bayar pampasan, kurang wang untuk benda lain, kurang wang untuk BR1M.
"Jadi anda perlu buat keputusan kerana akan selalu ada imbal balik begini kerana dana yang terhad," katanya dalam ucapan pada Persidangan Perwakilan Nasional ke-44 Gerakan di Shah Alam, pagi ini.
Beliau berkata demikian sebagai reaksi terhadap gesaan Gerakan agar kerajaan menaikkan jumlah bantuan BR1M dalam Bajet 2016.
Semalam, Ketua Pemuda Gerakan Tan Keng Liang menggesa operator laluan bertol di negara ini yang tiada laluan alternatif agar memberikan diskaun kepada penggunanya demi mengurangkan beban kos sara hidup mereka.
Berkuat kuasa 15 Oktober lalu, beberapa syarikat konsesi lebuh raya utama mengumumkan kenaikan kadar tol antara 10 sen dan RM6.
Ia melibatkan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK), Lebuhraya Maju Expressway (MEX), Lebuhraya Kajang-SILK, Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (Duke), Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong (Smart), Lebuhraya KL-Kuala Selangor (Latar), Lebuhraya Sungai Besi (Besraya), Lebuhraya Baru Pantai (NPE), Lebuhraya Kajang Seremban (Lekas), Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Lebuhraya Sprint dan Lebuhraya Cheras-Kajang (Grand Saga).
Pagi ini pula, Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong menggesa Putrajaya agar meningkatkan jumlah pemberian BR1M yang dianggap terus relevan dalam suasana ekonomi masa kini.
"Menentang kritikan terhadap BR1M, Gerakan masih merasakan BR1M adalah tepat, sama seperti skim-skim yang serupa turut dilaksanakan di negara maju seperti Singapura dan Hong Kong.
"Malah Gerakan menggesa supaya bayaran BR1M dinaikkan, di samping langkah-langkah yang lebih berkesan dilaksanakan dengan tujuan untuk mengawal dan mengurangkan kenaikan kos," katanya lapor The Malaysian Insider
Apa dia ingat seluruh rakyat Malaysia dapat BR1M ke?
Tapi.. apapun macai tak kisah.. sebab macai dapat BR1M lebih banyak dari rakyat biasa dan macai juga dikecualikan dari kenaikkan tol..
from Anak Sungai Derhaka http://ift.tt/1W0s5Xs
Post a Comment
This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself