Halloween party ideas 2015

Berikut ini adalah berita malaysia dan informasi terbaru hari ini untuk pemerintah diraja malaysia, selamat membaca, dan jangan lupa berikan komentar dan berikan pendapat anda tentang apa yang anda baca hari ini. selamat beraktifitas

Terkenal dengan laporan polisnya terhadap bermacam-macam isu, Abdul Rani Kulup Abdullah tidak ketinggalan membuat satu aduan terhadap 18 syarikat konsesi tol yang mengenakan kadar baru mulai hari ini. 



Dikenali dengan gelaran ‘Kipidap’ yang sensasi sejak beberapa bulan lepas, presiden Martabat Jalinan Muhibah Malaysia dilaporkan membuat aduan tersebut di ibu pejabat polis kegemarannya di Dang Wangi semalam. 



Abdul Rani, yang juga dikenali ‘Ayahanda Arka’, membuat aduan iu agar syarikat-syarikat konsesi tol menangguhkan kenaikan tersebut, lapor harian Kosmo! hari ini.



“Saya mewakili semua rakyat Malaysia berharap kenaikan kadar tol dapat ditangguhkan kerana ia akan menambah beban rakyat dalam menghadapi kenaikan harga barang akibat cukai barang dan perkhidmatan dan kenaikan harga minyak,” beliau dipetik berkata.

Selain Abdul Rani, pelakon terkenal Fizo Omar juga mengeluh dengan kenaikan kadar tol di semua lebuh raya utama kecuali Projek Lebuhraya Utara Selatan.




Melalui akaun Instagramnya malam tadi, suami usahawan tudung terkenal ‘Fareeda’ berkongsi imej plaza tol terapung di udara dengan kata-kata “Apa saja yang turun??? What say you?”



Tidak dapat dipastikan sumber asalnya, imej itu dikatakan beredar meluas melalui media sosial.



 Kiriman Fizo itu disukai lebih 3,000 daripada lebih 800,000 pengikutnya. 

Seorang pengikutnya menulis “termenung tidak sudah, bajet susu lari.. Bayar tol wajib”, sementara seorang lagi berkata “hanya air mata sahaja yang akan turun menemani kita di saat kita kesusahan. Hakhakhak”.



 Berkongsi imej plaza tol yang sama dengan perkataan “tol naik”, penyanyi Yasin Sulaiman pula menulis: “tetap huhuuuur” di akaun Instagramnya semalam.

Beliau turut meletakkan #syukurselalu #kangkung #janjidicapati dan imej tersebut disukai 180 daripada 38,000 pengikutnya.

Sementara itu, kartunis politik yang lantang Zunar berkongsi imej sama hari ini di laman Facebook dengan keterangan gambar: “Sapuman & tol naik! (karya dari FB rakyat Malaysia yang kreatif).” lapor The Malay Mail




from Anak Sungai Derhaka http://ift.tt/1MDHKWK

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.