Puncanya hanya bersikap berkecuali dalam proses pengundian dalam usul dikemukakan pembangkang di DUN Pulau Pinang minggu lalu.. mereka dianggap sebagai memihak UMNO oleh Guan Eng..
Kepala hotak dia.. dah nak jadi macam Najib dah.. asal tak ikut cakap dia.. dia cop yang bukan-bukan..
Bengang punya pasal juga dah menyebabkan Guan Eng lupa apa itu yang dikatakan "Conscience Vote" dalam bahasa Malaysia "Pengundian Atas Ketulusan Hati"..
Ikut suka depa nak nak undi atau tak mau undi.. aku sokong mereka sebab mereka berjaya membuktikan mereka bukanlah "Rubber Stamp", lagipun mereka mengikut arahan Ketua Whip.
..
Menurut ADUN Penanti, YB Dr Norlela Ariffin "Dalam Dewan saya dapat arahan bertulis kata keputusan ialah untuk tidak mengundi dan tidak ambil bahagian dalam perbahasan,"
"Sebelum itu saya dah tanya penasihat undang-undang dan beliau berkata kita sebagai penyokong, apa-apa usul yang akan dibentangkan kita perlu mengikut apa keputusan Ketua Whip (Ong Chin Wen) untuk PKR dan dia pun sudah keluarkan kenyataan yang kita undi berdasarkan kepada keputusan kepimpinan parti",
"Tidak kisahlah usul datang daripada pembangkang atau kerajaan, itu tidak boleh jadi seperti itu. Kita tidak boleh jadi seperti robot tidak berminda, itu kaedah lama.
"Saya tidak lihat apa yang tidak kena dengan apa yang kami lakukan (berkecuali) sebab kami mengundi, berdasarkan kepada Ketua Wrip PKR, undi berdasarkan kepada kebijaksanaan dan dalam berbahasan saya (16 November) saya sendiri cakap pasal penebusan tanah itu harus diadakan pendengaran awam," tambah Norlela.
Selain Norlela, empat lagi ADUN PKR yang berkecuali adalah ADUN Bukit Tengah, Ong Chin Wen; ADUN Kebun Bunga, Cheah Kah Peng; ADUN Batu Uban, T Jayabalan dan ADUN Machang Bubuk, Lee Khai Loon.
Tindakan mereka disokong oleh& Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh.. Kata Fuziah, tindakan pendirian tersebut mengenai pemuliharaan alam sekitar dan patut disokong.
“Dalam amalan sebenar demokrasi berparlimen, ‘check and balance’ oleh perundangan kepada eksekutif adalah perkara biasa dan mesti digalakkan.
“Malah saya percaya bahawa bukan hanya menahan diri, mereka patut mengundi usul itu. Ini adalah manifestasi Nilai Berasaskan Politik,” katanya dalam kenyataan di Facebooknya..
Berikut adalah kenyataan media dari Ketua Penerangan PKR..
23 NOVEMBER 2015
KEADILAN Anggap Pengundian Atas Ketulusan Hati (Conscience) Dalam Isu Tertentu Amalan Demokrasi Biasa
KEADILAN sebagai parti yang membawa agenda reformasi membenarkan undi ketulusan hati atau conscience vote di kalangan Ahli Parlimen atau ADUNnya dalam isu-isu tertentu.
Pengundian di DUN Pulau Pinang Jumaat lalu adalah berdasarkan conscience vote kerana ia menyentuh isu alam sekitar yang rumit.
Ia berhubung usul menangguhkan semua rancangan penambakan laut baru bagi mewujudkan tanah tebusguna sehingga satu kajian impak alam sekitar serta kajian impak sosial dilakukan.
Usul telah dibawa oleh ADUN Pulau Betong (UMNO), YB Hj Muhamad Farid Haji Saad.
Sementara KEADILAN tidak setuju dengan UMNO dalam banyak sudut khususnya aspek keadilan dan tatakelola negara, tetapi usul yang memohon supaya projek tebusguna tanah pada masa akan datang melalui proses kaji selidik alam sekitar yang menyeluruh adalah baik.
KEADILAN berpuas hati dengan penjelasan lima ADUNnya dan beranggapan ini adalah amalan demokrasi biasa yang perlu digalakkan di negara ini.
Mereka memahami usul dan isu berkenaan, justeru bertindak mengundi menurut ketulusan hati mereka.
Sehubungan itu juga, KEADILAN memohon supaya tiada lagi kenyataan dikeluarkan oleh pimpinannya sementara perkara ini akan dibincangkan lebih lanjut di peringkat Pakatan Harapan.
SYED IBRAHIM SYED NOH
KETUA PENERANGAN
PARTI KEADILAN RAKYAT (KEADILAN)
Semoga ADUN-ADUN PKR tidak menjadi 'Rubber Stamp Guan Eng" macam yang dok ada tu..
Dengan pesanan anda tidak akan menjadi Wakil Rakyat tanpa dipilih oleh rakyat.. jadi bersuaralah 'Demi Rakyat'!!br />
from Anak Sungai Derhaka http://ift.tt/1P4uzjC
Post a Comment
This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself