Halloween party ideas 2015

5A HADIAH Buat Ibu Yang Bekerja Tukang Sapu Sampah Di Sekolah | Hasrat seorang murid tahun enam untuk menggembirakan ibunya yang be­kerja sebagai tukang sapu di sekolah sama akhirnya tercapai de­ngan ke­putusan cemerlang 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang diumumkan.

5A HADIAH Buat Ibu Yang Bekerja Tukang Sapu Sampah Di Sekolah

Lebih mengharukan, Nurin Fatini Mohd. Shukri, 12, menghadiahkan keputusan cemerlang itu kepada ibunya, Rahmah Mohd. Arif, 41, ketika ibunya itu sedang bekerja membersihkan sekolahnya di Sekolah Kebangsaan (SK) Lahar Yooi, Tasek Gelugor.

Kejayaan Nurin Fatini itu juga adalah pencapaian membanggakan baginya kerana dia bukanlah antara pelajar yang dijangka memperoleh keputusan cemerlang selepas hanya mendapat 1A dalam peperiksaan sebelum ini.

Menurut Rahmah, sejak beberapa hari lalu, dia berasa gusar mengenangkan keputusan yang bakal diperoleh anak keduanya itu kerana tidak mahu Nurin Fatini terlalu berharap atau kecewa.

Malah, tambahnya, pagi ini dia juga tidak sanggup untuk mengetahui keputusan anaknya itu meskipun berada di sekolah sama sehinggalah dimaklumkan berita gembira itu oleh suaminya, Mohd. Shukri Husain, 39.

“Pencapaian Nurin Fatini semakin baik selepas dia mengikuti kelas tuisyen di sekolah setiap hari termasuk memperoleh keputusan 4A dalam ujian percubaan UPSR sebelum ini,” katanya.

sumber
http://ift.tt/1HXtTF2


from KeZooM http://ift.tt/1QtyOpg
via Kezoom
malaysian and informasi , online malaysian news, malaysian article , malay and today, today malaysian news and information, malaysian update, enjoy reading the article, spread the word what you read today to get more better future. thanks

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.