Halloween party ideas 2015

Berikut ini adalah berita malaysia dan informasi terbaru hari ini untuk pemerintah diraja malaysia, selamat membaca, dan jangan lupa berikan komentar dan berikan pendapat anda tentang apa yang anda baca hari ini. selamat beraktifitas

Enam individu termasuk pegawai kanan polis ditahan kerana dipercayai terbabit dalam penyelewengan kontrak ubah suai Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, enam suspek yang terdiri daripada pegawai kanan, pegawai rendah, anggota polis dan kontraktor berkenaan ditahan dalam beberapa tangkapan yang dilakukan sejak kelmarin.

“Kita juga telah menyita beberapa kenderaan mewah serta akaun bank milik semua suspek. Kita juga tidak akan berkompromi dan membiarkan sesiapa termasuk anggota sendiri untuk melakukan sebarang bentuk jenayah.

Kita tidak akan melindungi anggota kita yang terlibat dengan apa jua jenayah,” tegasnya ketika ditemui pemberita di Masjid Bukit Aman di sini hari ini.

Sebelum ini, akhbar Bahasa Inggeris, The Sun melalui sumber dalaman menyatakan RM1.5 juta yang diperuntukkan untuk kerja-kerja membaik pulih dan menaik taraf Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman adalah perbelanjaan yang tidak wujud.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (Siasatan) Bukit Aman, Datuk Hamza Taib juga telah mengesahkan perkara itu.

Beberapa pembongkaran dibuat sejak beberapa bulan yang lalu selepas Kementerian Dalam Negeri (KDN) menjalankan audit dalaman di Jabatan Logistik Polis.

Kos membaik pulih pintu kalis api dan juga sistem penghawa dingin direkodkan bernilai RM500,000, namun tiada sebarang kerja-kerja dilakukan walaupun bayaran kepada kontraktor yang dilantik telah dibuat.

Pada masa sama, lebih RM1 juta didakwa digunakan untuk tender yang tidak wujud.-MalaysiaGazette





from Anak Sungai Derhaka http://ift.tt/1Nm8MDP

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.