Dulu penderma.. sekarang dah jadi penderma-penderma pulakdah.. betullah orang kata bila anda telah mula berbohong mengenai satu perkara, anda perlu berbohong lagi dan lagi untuk menutup pembohongan yang pertama itu..
Tapi kata Abraham Lincoln (tak tahulah aku macai kenal atau tidak siapa dia ni).. You can fool some of the people all of the time, and all of the people at the time.. but you cannot fool all of the people all of the time..
Tapi aku rasa apa yang Abraham Lincoln kata tu tak tepat langsung dengan suasana di Malaysia ni.. untuk di Malaysia sepatutnya ia berbunyi macam ni..
"You can fool some of the macai all of the time, and all of the macai at the time.. but you still can fool all of the macai all of the time.. "
Ini mengenai isu derma RM2.6 Billion atau RM2,600,000,000.00 yang masuk dalam akaun Presiden UMNO sedia ada iaitu Najib.
Pada mulanya Yahudi dikaitkan untuk memperbodohkan makcik-pakcik dikampung-kampung.. Dengan itu berkatalah Ketua UMNO Bahagian Kepong, Datuk Ridzuan Abdul Hamid..
“UMNO satu-satunya kerajaan yang menentang Yahudi, negara-negara Asia lain sudah pun di tawan puak Yahudi, Singapura habis, Thailand habis, Filipina habis, Indonesia pun dah nak habis.
“Tapi Malaysia masih lagi dipertahankan oleh Datuk Seri Najib,” kata beliau ketika merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Kepong di Hotel Hilton KL pada suatu Ahad bulan Ogos lalu..
“Oleh itu penderma dari negara Arab bermurah hati untuk beri dana politik kepada kerajaan Malaysia untuk hadapi pilihan raya umum lalu,”
Kemudian muncul pula Zahid Hamidi yang dilantik oleh Najib menggantikan Muhyiddin sebab Muhyiddin bising sangat pasal 1MDB tu meneruskan agenda pembodohan rakyat..
Zahid menyenaraikan tiga sebab derma RM2.6 Billion yang masuk akaun peribadi Najib itu wajar diterima rakyat dengan pandangan yang positif..
Katanya, sebab pertama pemberian sumbangan ini ialah Malaysia mempunyai undang-undang khusus untuk mengekang keganasan kumpulan militan yang mampu menganggu-gugat keharmonian global.
" Malayisa yang diterajui Umno dan BN mempunyai undang-undang mengekang keganasan kumpulan militan Negara Islam Syria dan Iraq (Isis), serta keganasan lain.
"Kedua Umno juga yang diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memperjuangkan Islam dan mengamalkan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah, serta mengekang ajaran yang menyeleweng daripada Islam sebenar. "
...dan yang ketiga derma berkenaan adalah untuk mengiktiraf Malaysia sebagai sebuah negara sederhana yang menjalankan hukum Islam biarpun terdiri daripada masyarakat pelbagai kaum," katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Sri Gading
Persoalan yang timbul dari penjelasan Zahid itu ialah kalau derma itu untuk Kerajaan Malaysia kenapa ianya masukkan ke dalam akaun peribadi Najib?
Kenapa juga dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib RM2.6 Billion itu jika alasannya ialah Malaysia memperjuangkan Islam.. adakah hanya Najib seorang yang memperjuangkan Islam di negara kita ini?
Sebelum ini, Najib menyatakan derma itu sumbangan individu dari Timur Tengah dan bukannya untuknya tetapi bagi keperluan UMNO BN.
Tapi BERNAMA dalam satu laporannya menyebut “Para penderma, penderma-penderma dan kenyataan-kenyataan daripada mereka"..
Itu semua bukannya bermaksud Individu.. tapi Individu-individu..
Tengok video di bawah ni.. dan dengar betul-betul.. Apa Najib sendiri kata.. dulu dia kata penderma sekarang penderma-penderma pulak...
Maka tak hairanlah kalau Tun Mahathir berterusan mempertikaikan derma yang kononnya Najib dapat dari Arab tu.. katanya jika “tok Arab” itu gila sekali pun, pasti beliau tidak akan menderma sejumlah wang yang amat banyak itu.
Ini berdasarkan pengalamannya sendiri meminta derma untuk penubuhan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) contohnya yang sebelum ini amat sukar.
“Tahu dari negara mana yang bagi? ... Kosong, katanya...
Mahathir juga berkata pernah meminta derma bagi menyiapkan dewan Pusat Islam namun tidak ada negara yang sudi memberikan sumbangan kesian kat dia..
“Saya tulis surat, semasa itu saya belum jadi perdana menteri, tulis surat minta derma untuk kita sudahkan dewan saya cuma dapat jawapan dari Libya, lain-lain negara tidak jawab.
“Saya tidak dapat satu sen, yang saya minta ini untuk Islam...Tiba-tiba Datuk Seri Najib dapat RM2.6bilion..
Kah.. kah.. kah.. itupun ramai macai yang masih percaya auta Najib pasal derma RM2.6 Billion ni...
from Anak Sungai Derhaka http://ift.tt/1R7QGWO
Post a Comment
This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself