Halloween party ideas 2015

Janganlah Nak Jaga Standard Sampai Tak Boleh Bergurau- NABIL | PENGACARA dan pelawak Nabil Ahmad tidak menafikan adakalanya berasa takut dan bimbang dalam kreativitinya mengeluarkan ayat-ayat gurauan dan usikan kepada sesetengah pihak.

Dalam waktu yang sama beliau terbuka menerima sebarang gurauan mahupun usikan serupa yang dilemparkan kepadanya.

Janganlah Nak Jaga Standard Sampai Tak Boleh Bergurau- NABIL

“Sebenarnya saya dah biasa dengan situasi di mana orang lain juga bergurau dengan saya. Saya lebih suka kalau sesetengah artis yang saya usik itu membalas balik gurauan saya, kalau diam saja, memanglah mati akal dibuatnya”

“Gurauan saya yang dibalas semula oleh Datuk Ramli MS, Datuk Jamal Abdillah dan Datuk Rosyam Nor sewaktu Gegar Vaganza itu saya terima sebagai satu usikan dan langsung tidak berkecil hati”

Janganlah Nak Jaga Standard Sampai Tak Boleh Bergurau- NABIL

“Cuma saya takut orang lain pula berkecil hati dengan gurauan saya. Saya ini jenis open minded terima apa saja orang nak cakap tetapi yang berasaslah. Saya tak kisah orang nak bergurau sebab ini sudah kerja saya”

“Tak kisahlah orang nak ‘membahankan’ saya macam menyentuh telinga atau bibir saya, sebab saya anggap itu gurauan. Kena terbukalah terima gurauan. Janganlah beria-ia sangat nak jaga standard sampai tak boleh bergurau. Manusia di dunia ini mana ada yang sempurna,” katanya.

Selain itu, Nabil menjelaskan ketika ini tawaran kerja yang ditawarkan kepadanya tidak putus-putus malah kredibilitnya sebagai pengacara juga semakin terselah dan dipercayai ramai. Teruskan jadi diri sendiri, Nabil. Mahu layan kehendak semua orang, sampai bila tidak akan habis.

sumber
http://ift.tt/1O2ad8Z


from KeZooM http://ift.tt/1IjUa6g
via Kezoom
malaysian and informasi , online malaysian news, malaysian article , malay and today, today malaysian news and information, malaysian update, enjoy reading the article, spread the word what you read today to get more better future. thanks

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.