Halloween party ideas 2015

Berikut ini adalah berita malaysia dan informasi terbaru hari ini untuk pemerintah diraja malaysia, selamat membaca, dan jangan lupa berikan komentar dan berikan pendapat anda tentang apa yang anda baca hari ini. selamat beraktifitas

Harga kereta akan diturnkan antara 20 hingga 30 peratus secara berperingkat dengan menyemak semula dasar automatif negara.. Inilah antara yang terkandung dalam manifesto Barisan Nasional sebelu PRU13..

Manifesto tersebut dilancarkan oleh Perdana Menteri merangkap Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak pada malam 6 April 2013 di Stadium Putra Bukit Jalil.

Maka bersoraklah macai-macai UMNO/BN biarpun pada awalnya rancangan untuk menurunkan harga kereta oleh Pakatan Rakyat dikutuk mereka..

Selepas PRU13.. ketika rakyat ternanti-nanti janji itu dilaksanakan.. muncul pula Ahmad Maslan dengan teori bengapnya yang mengatakan harga barangan akan turun dengan perlaksanaan GST..

Ini termasuklah harga kereta.. bacalah di ( SINI )

Tapi seperti biasa.. sepertimana janji Barisan Nasional yang mengatakan kononnya mereka peka dengan penderitaan rakyat dengan kenaikkan harga barang.. hakikatnya buat pekak.. begitulah juga janji untuk menurunkan harga kereta ini..



Yang dijanjikan akan diturunkan.. tak akan turun tapi akan naik mulai tahun depan..

Proton Holdings Bhd mempertimbangkan untuk menaikkan harga kereta keluarannya mulai Januari 2016 disebabkan kelemahan ringgit.

Dalam kenyataan hari ini, pengeluar kereta nasional itu berkata kenaikan harga tersebut dilihat sebagai situasi industri yang ia perlu dinaikkan untuk mengimbangi kesan ringgit yang rendah.

Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Abdul Harith Abdullah, berkata kebanyakan daripada bahan mentah syarikat itu dibeli dalam mata wang asing.

"Penyusutan ringgit memberi kesan kepada kos operasi syarikat dan keseluruhan rantaian ekosistem daripada vendor kepada kami," katanya.

Abdul Harith berkata Proton sedang menilai struktur harga dan peratusan kenaikan harga akan bergantung kepada model.

Proton berkata bagi mengurangkan kesan yang mempengaruhi keuntungan syarikat sejak Ogos 2015, ia berusaha untuk mengurangkan kos operasi dan menyusun semula operasi, yang mana perlu.

"Penyusutan ringgit terus memberi tekanan kepada Proton di sebalik usaha itu dan memberi kesan kepada industri secara keseluruhan," katanya lapor Bernama

Bukan Proton saja.. malah Honda akan turut menaikkan harga keretanya..

Honda Malaysia Sdn. Bhd. (HMSB) sudah mengumumkan bahawa harga bagi kenderaan Honda akan meningkat bermula Januari 2016. Seperti Toyota dan Nissan sebelum ini, perubahan ini adalah disebabkan nilai Ringgit yang semakin susut berbanding mata wang utama lain di dunia.

Walaupun ia belum diputuskan dengan rasmi, HMSB menjangka bahawa kenaikan ini adalah antara 2% hingga 3% bergantung kepada model. Harga bagi kenderaan Honda pada Januari 2016 hanya akan diputuskan pada bulan Disember 2015 setelah meneliti kadar tukaran wang pada waktu itu.

HMSB mejelaskan bahawa komponen yang digunakan sekarang untuk memasang unit-unit CKD Honda di Melaka telah dibeli ketika nilai Ringgit masih lagi tinggi. Namun untuk terus memasang kereta-kereta baharu, harga-jarga untuk alat-ganti dan komponen yang sama telah naik.

“Setelah mengambil kira semua kemungkinan, perubahan harga ini tidak dapat dielak untuk terus membekalkan produk dan perkhidmatan berkualiti kepada pelanggan. Jika nilai Ringgit pulih kepada keadaa sebelum ini, kami akan meneliti semula struktur harga sekali lagi,” kata Yoichiro Ueno, ketua pegawai eksekutif HMSB lapor Astro Awani

Alasan mereka ialah kadar nilai tukaran ringgit yang lemah ataupun rendah...

Tapi kalau kita mendengar dan tak menggunakan otak untuk memproses kenyataan-kenyataan Menteri dan juga pemimpin-pemimpin UMNO (Amalan macai ni.. dengar tapi tak fikir), mereka sering menegaskan bukan nilai matawang kita saja yang turun.. tapi nilai matawang dunia semuanya turun..

Kalau kita berfikir tentu kita mempersoalkan jika nilai seluruh matawang dunia menurun.. kenapaa nilai ringgit berbanding Thailand Baht menurun?.. kenapa nilai ringgit berbanding Singapore Dollar juga menurun?

Sepatutnya nilainya tak akan berbeza dari sebelum ini sebab nilai matawang seluruh dunia menurun..

Itupun macai boleh percaya... bodohnya mereka...




from Anak Sungai Derhaka http://ift.tt/1lLZ4hD

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.