Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) Mohd Ridzuan Abdullah hari ini mendakwa terdapat pihak dalam Kementerian Kesihatan terlibat dalam cubaan mensabotaj pengusaha dan industri vape tempatan.
Ridzuan berkata, cubaan mensabotaj industri itu dilakukan dengan mewujudkan kilang di 2 lokasi iaitu di Johor dan Shah Alam, Selangor di mana kilang di kawasan berkenaan akan menguasai industri vape tempatan.
"Baru-baru ini Ikhlas sudah kenal pasti ada penjawat awam berjawatan tertinggi dalam Kementerian Kesihatan terlibat dalam isu vape di mana mereka cuba cari jalan bagaimana nak sabotaj pengusaha dan industri vape tempatan.
"Agenda mereka adalah wujud kilang yang sedang dibina di 2 lokasi. Kita kenal pasti mereka (cuba) hapuskan pengusaha tempatan, peniaga tempatan dan akhirnya Kementerian Kesihatan umum mereka akan menguatkuasakan satu akta baharu dan mewujudkan kawal selia yang kononnya hanya syarikat besar layak menjual vape, " katanya pada sidang media di Petaling Jaya, Selangor hari ini.
Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia mendakwa sudah kenal pasti penjawat awam di Kementerian Kesihatan terlibat dalam isu vape yang cuba cari jalan mensabotaj pengusaha dan industri vape tempatan.
Beliau menuntut Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam supaya tampil menjelaskan perkara ini secepat mungkin.
"Kita mahukan jawapan dari beliau. Kita dah lama tidak dengar suara beliau dan kita nak tahu apakah yang berlaku. Inikah cara mereka nak bunuh anak-anak Melayu yang berjaya dalam industri vape ni?
"Maka, kami harap menteri tersebut , walaupun dia presiden MIC, dia perlu ambil kita kepentingan anak Melayu ini. Hari ini seolah-olah beliau tak ambil peduli langsung mengenai kemajuan anak-anak Melayu ini.
"Cuba kalau golongan peniaga India yang duduk berniaga vape ini, berani ke dia buat? Dia akan bela golongan India. Disebabkan dia bukan menteri Melayu, sebab itulah beliau buat perkara begini," katanya.
Sebagai menentang kewujudan kilang itu, Ikhlas akan mengambil langkah untuk bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menyiasat perkara ini.
"Kita akan kerjasama dengan pihak SPRM dan kita akan salurkan maklumat kepada SPRM bagi sesiapa yang terlibat dalam perkara ini. Ini yang kita akan buat," katanya lapor The Malaysian Insider
from Anak Sungai Derhaka http://ift.tt/1Ijnxp2
Post a Comment
This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself