PPIM Jelas Tindakan "Serbu" Kota Raya : Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menegaskan pihaknya bukan bertindak melulu namun kelewatan pihak berwajib didakwa menjadi punca NGO itu kadangkala terpaksa mendahului pihak berkuasa.
Pengarah Unit Tindakan Khasnya, Muhammad Yusuf Azmi berkata, pihaknya ingin bekerjasama dengan pihak berkuasa namun berlaku beberapa kekangan daripada pihak berkenaan.
"Memandangkan kes ini sudah berlaku dari tahun lepas tiada tindakan dibuat oleh KPDNKK, jadi kami buat keputusan agar bertindak buat pengguna supaya tidak ditindas dan ditipu," katanya menjelaskan tindakan NGO itu turun padang membantu mangsa penipuan pembelian telefon pintar di Plaza Kota Raya minggu lalu.
Menurut Muhammad Yusuf, tindakan pihak PPIM itu secara tidak langsung dapat membuka mata pihak yang berwajib.
"Seharusnya pengguna yang ditipu harus dapat pembelaan daripada pihak berkuasa.
"Malah mereka tidak dibela. Apa yang menyebabkan kami khuatir jika pengguna membuat tindakan sendiri boleh menyebabkan jenayah akan berlaku. Dan mereka ditangkap atas tindakan mereka sendiri," katanya.
Tegas Muhammad Yusuf lagi, tindakan mereka adalah atas dasar untuk membantu pengguna.
"Kami bertindak atas dasar pengguna mendapat pembelaan dan ia tidak membabitkan jenayah," katanya.
Isu Plaza Kota Raya bermula apabila peniaga didakwa menipu pengguna sehinggakan ada yang bertindak di luar batasan iaitu mengurung pengguna yang enggan membeli telefon pintar di kedai mereka.
Sementara pada Ahad, sekumpulan lelaki bertindak menyerang peniaga di Plaza Kota Raya apabila mendakwa peniaga tersebut menipu pembeli.
Kekecohan bermula kira-kira jam 5 petang apabila kumpulan lelaki tersebut bertindak memukul enam peniaga menggunakan kerusi dan peralatan keras.
Kumpulan tersebut bersama tujuh mangsa yang dipercayai ditipu peniaga di sana datang untuk menuntut kembali wang daripada pemilik premis berkenaan bernilai hampir RM10, 000.
Menurut ketua kumpulan itu, pihaknya tidak mempunyai niat untuk menyerang peniaga sebaliknya datang untuk menuntut kembali wang setelah tujuh mangsa tersebut dikatakan ditipu.
sumber
http://ift.tt/1mznlIq

from KeZooM http://ift.tt/1OK7v4l
via Kezoom
malaysian and informasi , online malaysian news, malaysian article , malay and today, today malaysian news and information, malaysian update, enjoy reading the article, spread the word what you read today to get more better future. thanks
Post a Comment
This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself