Halloween party ideas 2015

Berikut ini adalah berita malaysia dan informasi terbaru hari ini untuk pemerintah diraja malaysia, selamat membaca, dan jangan lupa berikan komentar dan berikan pendapat anda tentang apa yang anda baca hari ini. selamat beraktifitas

Presiden kumpulan pendesak Melayu, PERKASA, Datuk Ibrahim Ali menganggap pemimpin DAP Lim Kit Siang sebagai penipu besar kerana menuduhnya meminta pertolongan pada tahun 1974 supaya tidak ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Ibrahim berkata, pada tahun itu beliau adalah ketua pelajar di Institut Teknologi MARA (ITM) yang terlibat dalam tunjuk perasaan Baling.

“Dia (Kit Siang) pembohong besar, satu pembohongan besar DAP.

“Dakwaan Kit Siang yang membohong, sepanjang jadi student leader tak pernah jumpa dia. Saya nafi sekeras-kerasnya, dia terdesak dan tidak ada jawapan yang dia nak jawab dan terpaksa kait peribadi. 

“Dia ni kalau tidak boleh jawab soalan akan serang peribadi,” katanya kepada Malaysiakini.

Jelas Ibrahim lagi, pada ketika itu, turut ditahan bersamanya adalah bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan sembilan rakannya.

Katanya, seingatnya, beliau tidak pernah berjumpa Lim yang pada ketika itu adalah ahli parlimen Kota Melaka.

“Seingat saya, saya tidak ada minta tolong langsung dengan Kit Siang, kalau orang lain saya tidak tahu.

“Saya tidak pernah jumpa dia melainkan kalau ada student lain, sebab ramai yang kena tangkap termasuk Anwar Ibrahim , takut ada orang lain minta tolong,” katanya.

Semalam, Kit Siang dalam kenyataannya mendakwa Ibrahim meminta bantuannya ketika mahu ditahan bawah ISA bagi membuktikan DAP bukan parti anti-Melayu atau anti-Islam.

Kit Siang mengeluarkan kenyataan tersebut berikutan sambutan sinis Ibrahim berhubung penegasan terbaru DAP bahawa mereka bukan parti anti-Melayu atau anti-Islam.

Ibrahim berkata, kenyataan yang dibuat oleh DAP menyebabkan beliau terkejut dan tidak boleh tidur 50 jam.





from Anak Sungai Derhaka http://ift.tt/1nkxfhq

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.