PKR hari ini mempersoalkan ke mana perginya dana RM1.6 bilion daripada Sukuk Murabahah terbitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang sepatutnya digunakan bagi membiayai kerja pemindahan dan naik taraf beberapa pangkalan tentera.
Menurut setiausaha agungnya Rafizi Ramli, 1MDB menerbitkan sukuk murabahah berjumlah RM2.4 bilion pada 2014 untuk membiayai kerja-kerja tersebut.
Sebelum ini, 1MDB mengakui salah satu pilihan struktur urus niaga yang sedang dibincangkan ialah pembelian ekuiti di dalam Bandar Malaysia Sdn Bhd (BMSB).
Naib presiden PKR itu berkata, kenyataan itu selari dengan pengumuman 1MDB yang menjual ekuitinya di dalam BMSB sebanyak 60% kepada konsortium dimiliki bersama syarikat berkaitan kerajaan China.
"Maka persoalan yang paling besar ialah, adakah ini bermakna daripada jumlah RM2.4 bilion yang diperoleh itu, hanya RM800 juta dibelanjakan bagi kerja-kerja pemindahan dan naik taraf pangkalan-pangkalan tentera (jumlah projek keseluruhan RM2.7 bilion tolak jumlah baki bayaran RM1.9 bilion)?
"Ini bermakna sejumlah RM1.6 bilion daripada Sukuk Murabahah yang sepatutnya digunakan untuk membiayai kerja-kerja itu tidak digunakan bagi tujuan itu.
"Ke mana dana berjumlah RM1.6 bilion ini dan bagi tujuan apa ia digunakan?" soalnya pada sidang media di ibu pejabat PKR hari ini.
Rafizi berkata, dalam kenyataan 1MDB bertarikh 6 Januari 2016, ia mengakui nilai keseluruhan kontrak pemindahan dan naik taraf pangkalan-pangkalan tentera itu RM2.7 bilion dan sehingga kini, baki pembiayaan yang perlu dikeluarkan 1MDB untuk membayar kontraktor adalah RM1.9 bilion ~ The Malaysian Insider
Kenyataan penuh silalah baca di ( SINI )
from Anak Sungai Derhaka http://ift.tt/1OonWnj
Post a Comment
This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself