Tindakan Presiden AMANAH, Mohamad Sabu mencampak mikrofon selepas berucap tidak menyebabkan rosak akidah, kata Penasihat AMANAH, Ahmad Awang.
Menurutnya, ia tidak seperti yang dilakukan oleh ADUN PAS Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman yang berpakaian ala maharaja China ketika menghadiri majlis perayaan Tahun Baru Cina baru-baru ini.
Ahmad berkata, Mohamad hanya mahu menunjuk perasaan kesalnya kepada rakyat Malaysia, terutamanya orang Melayu, yang disifatkannya sebagai “penakut”.
“Campak mikrofon tak rosak akidah. Pakai pakaian tuhan sembahan Cina itu lagi berbahaya dan boleh jejaskan akidah. Alasan Khairuddin tak tahu atau terpedaya itu cerita lain.
“Kalau dia (Mohamad) tidak buat begitu (campak mikrofon), orang tidak akan ingat apa yang Mat sabu buat ketika itu.
"Bila dia buat begitu orang semua ingat. Mat Sabu kata ketidakpuasan hati dia,” katanya kepada Malaysiakini selepas program Kicau Deeni di ibunegara hari ini.
Mohamad bertindak mecampak mikrofon itu selepas berucap di Himpunan 365 #BebasAnwar di Penjara Sungai Buloh, sempena setahun bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan selepas disabit dengan tuduhan liwat.
Dalam ucapannya Mohamad turut berkata rakyat Malaysia tidak mempunyai keazaman menolak Najib walaupun tanggapan terhadap pentadbirannya teruk.
Sebelum ini, Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh menganggap tindakan Khairuddin memakai pakaian pakaian menyerupai dewa hanya sebagai salah faham.
Terdahulu, Khairuddin dilapor menghadiri majlis perayaan Tahun Baru Cina bersama masyarakat Tionghua di Wangsa Permai, Kepong dengan memakai pakaian ala 'maharaja China'.
Menurut Harakah Daily lagi, Khairuddin tidak tahu menahu pakaian yang dikenakannya itu menyerupai Dewa Cao Guo Jiu.
Laporan itu memetik Khairuddin sebagai berkata persatuan penduduk Wangsa Permai memaklumkan ia adalah pakaian ala maharaja China lapor MalaysiaKini
from Anak Sungai Derhaka http://ift.tt/1Xr0SKA
Post a Comment
This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself