Halloween party ideas 2015

Berikut ini adalah berita malaysia dan informasi terbaru hari ini untuk pemerintah diraja malaysia, selamat membaca, dan jangan lupa berikan komentar dan berikan pendapat anda tentang apa yang anda baca hari ini. selamat beraktifitas

Cukuplah ‘bercakap kosong’ dan nasihati Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak agar menyaman sahaja Wall Street Journal (WSJ), pesan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Bekas Naib Ketua UMNO Batu Kawan itu berkata menasihati Najib adalah jauh lebih baik berbanding mengulas liputan WSJ tanpa sebarang tindakan susulan.

“Berita itu sudah tersebar ke seluruh dunia dan amat memalukan Najib dan negara kita. Jadi tunggu apa lagi?” soalnya dalam satu kenyataan, merujuk kenyataan Najib sebelum ini yang mengancam untuk menyaman akhbar itu atas siri laporannya berkaitan 1MDB.

Khairuddin berkata demikian mengulas kenyataan Salleh yang berkata WSJ memiliki agenda tertentu dalam liputannya keatas pentadbiran negara.

“Saya selaku rakyat Malaysia kecewa juga dengan pelbagai tuduhan yang dibuat WSJ ke atas Perdana Menteri, tetapi pada masa sama saya turut tertanya-tanya kenapa Najib masih tidak mahu saman akhbar itu?”

Justeru, Khairuddin menyarankan dua perkara kepada Salleh; “Pertama, saya memohon agar Salleh mendesak Najib untuk mengambil tindakan saman malu secara segera ke atas WSJ demi menyelamatkan maruah Perdana Menteri dan negara Malaysia.

“Jika tidak mampu berbuat demikian, lebih baik dia duduk diam sahaja dan jangan campur urusan tersebut. Tolong jangan cakap kosong,” katanya lagi ~ FMT




from Anak Sungai Derhaka http://ift.tt/1QoLO0m

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.