Halloween party ideas 2015

Lalui Detik Hitam Di Imigresen Malaysia, Che Ta Seru Artis Lain Jangan Jadi Sepertinya | Rozita Che Wan, menasihati golongan artis agar lebih prihatin terhadap urusan pembayaran cukai pendapatan selepas beliau sendiri pernah berdepan detik hitam apabila ditahan di kaunter Jabatan Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Lalui Detik Hitam Di Imigresen Malaysia, Che Ta Seru Artis Lain Jangan Jadi Sepertinya

Rozita atau lebih dikenali sebagai Che Ta mengakui, dia serik selepas namanya telah disenaraihitamkan oleh Jabatan Imigresen dan tidak dibenarkan ke luar negara pada tahun 2014 kerana tidak menjelaskan cukai pendapatan.

“Saya sangat terkejut apabila ditahan di kaunter Imigresen di lapangan terbang. Kata mereka, nama saya telah disenarai hitam. Sejak itu saya serik serta sangat berhati-hati mengenai cukai pendapatan.

“Bagi mengelakkan perkara sama berlaku kepada artis lain, saya nasihatkan mereka turut melunaskan tanggungjawab masing-masing,” katanya kepada pihak Kosmo! semalam.

Menurut Che Ta lagi, dia kini juga telah melantik seorang peguam untuk menguruskan semua hal berkaitan pembayaran cukai pendapatan peribadi, termasuk membabitkan perniagaannya.

Sementara itu aktor terkenal, Datuk Rosyam Nor, 49, menyifatkan pembayaran cukai pendapatan perlu dilaksanakan oleh setiap individu bagi membantu kelangsungan pembangunan negara.

sumber
http://ift.tt/1RhIamd


from KeZooM http://ift.tt/1oD2LZd
via Kezoom
malaysian and informasi , online malaysian news, malaysian article , malay and today, today malaysian news and information, malaysian update, enjoy reading the article, spread the word what you read today to get more better future. thanks

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.