Halloween party ideas 2015

Berikut ini adalah berita malaysia dan informasi terbaru hari ini untuk pemerintah diraja malaysia, selamat membaca, dan jangan lupa berikan komentar dan berikan pendapat anda tentang apa yang anda baca hari ini. selamat beraktifitas

Peguam Negara, Tan Sri Mohamad Apandi Ali didesak supaya mendakwa bekas Bendahari Agong MIC, Datuk Ramanan Ramakrishnan atas kesalahan jenayah.

Pengerusi MyWatch, Datuk R Sri Sanjeevan berkata, bekas pemimpin kanan MIC itu sebelum ini memasukkan RM5.5 juta ke dalam akuan peribadinya setelah berjaya memalsukan surat serta tandatangan Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada waktu itu.

“Mengapa sehingga ke hari ini, hampir 2 tahun berlalu namun Peguam Negara masih belum menyiapkan kertas tuduhan ke atas bekas Bendahari Agong MIC, Dato Ramanan Ramakrishnan?

“Datuk Ramanan pada 2014 lalu telah diperintah oleh mahkamah untuk membayar kembali sejumlah RM5.5 juta wang milik Pakar Perubatan, Tan Sri Dr. M. Mahadevan. Namun sehingga ke hari ini Dato Ramanan belum pernah dituduh atas kesalahan jenayah walaupun terlibat dengan pelbagai jenayah penipuan wang,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Sanjeevan juga berkata pihaknya sebelum ini pernah mendedahkan kesalahan Ramanan bertindak menipu salah seorang ahli perniagaan berjumlah RM250,000 untuk mendapatkan pinjaman bank kononnya beliau mempunyai hubungan baik dengan Khairy Jamaluddin pada masa itu.

“MyWatch menggesa siasatan ke atas Datuk Ramanan dibuat tanpa rasa gentar oleh pihak berwajib kerana individu ini cukup licik menipu dan sering ‘menjual’ nama VVIP untuk mendapat kepercayaan mangsa-mangsanya,” katanya lapor FMT




from Anak Sungai Derhaka http://ift.tt/1PVDQIK

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.