Halloween party ideas 2015

Berikut ini adalah berita malaysia dan informasi terbaru hari ini untuk pemerintah diraja malaysia, selamat membaca, dan jangan lupa berikan komentar dan berikan pendapat anda tentang apa yang anda baca hari ini. selamat beraktifitas

Berbohong atau bercakap bohong bukan saja dianggap dosa dan perbuatan tidak baik, bahkan selalu diingatkan bahawa bagaimana sekali pun cuba berbohong, ia pasti akan terdedah akhirnya walaupun setelah dicuba beberapa lapis pembohongan lainnya.

Dikatakan bahawa apabila kita berbohong dan cuba menutupnya setelah ianya terdedah, kita akan terus berbohong lagi dan lagi sehingga akhirnya terjerat sendiri.

Peribahasa moden juga ada mengingatkan bahawa kita tidak mungkin dapat menipu semua orang dalam semua keadaan.

Pendeknya, pembohongan tidak mungkin ada tempat yang selesa di dunia ini, apatah lagi di akhirat nanti.

Barangkali inilah yang hampir-hampir ada persamaan dengan isu derma RM2,600 juta yang masuk ke akaun bank peribadi Najib Razak.

Mula-mula wang itu dinafikan, diancam mahu disaman, dikatakan tidak mungkin Najib begitu bodoh membenarkan wang sebegitu banyak dimasukkan ke akuan peribadinya dan segala macam bentuk penafian lainnya.

Kemudian apabila hakikat kebenaran berkaitan wang itu sukar dinafikan, ia diakui sebagai derma politik, hak Najib menerima sumbangan daripada mana-mana pihak, untuk memerangi keganasan, mengalahkan DAP, sumbangan kerana memperjuangkan Ahli Sunnah Wal Jamaah dan lain-lain lagi.

Ia juga dikatakan untuk membiayai politik UMNO yang mana segala halnya memerlukan wang dan Najib selaku Presiden UMNO dikatakan hanyalah pemegang amanah saja kepada duit tersebut.

Ketika Peguam Negara, Apandi Ali mengumumkan hasil siasatan yang membersihkan nama Najib daripada semua pertuduhan jenayah berkaitan wang itu, diumumkan juga wang tersebut diterima daripada keluarga Diraja Arab Saudi dan sejumlah RM2,030 juta sudah pun dipulangkan kerana ia tidak digunapakai.

Siapa keluarga Diraja Arab Saudi yang menderma itu tidak pernah didedahkan, kecuali media-media antarabangsa mengatakan paling mungkin ianya ialah Raja Abdullah yang mangkat pada Januari 2015 lalu.

Kesimpulannya, oleh kerana wang itu adalah derma dan sudah pun dipulangkan sebahagian besar daripadanya, maka Najib dianggap tidak bersalah apa-apa serta bersih sebersih-bersihnya oleh Peguam Negara.



Tetapi hari ini semuanya bagaikan terdedah apabila Menteri Luar Arab Saudi, Adel Al-Jubeir menolak tanggapan bahawa wang yang pernah masuk ke akuan peribadi Najib itu suatu bentuk derma atau daripada kerajaan negara tersebut.

Sebagaimana yang dilaporkan oleh New York Times, Adel Al-Jubeir menegaskan, wang itu adalah daripada warga persendirian Saudi dan diberikan kepada satu pelaburan di Malaysia~ Shahbudin

Menteri Luar Arab Saudi, Adel al-Jubeir berkata sejumlah wang bernilai AS$681 juta yang dimasukkan ke akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bukan sebagai ‘derma’.

Sebaliknya, ia adalah wang pelaburan di Malaysia, katanya seperti yang dilaporkan New York Times (NYT) semalam.

“Ia adalah warga Saudi, saya percaya, dana itu diberi kepada satu pelaburan di Malaysia,” katanya pada temubual bersama NYT, Khamis lalu.

Laporan itu memetik kenyataan seorang kerabat rapat dengan keluarga diraja yang tidak mahu didedahkan identitinya berkata wang itu disahkan datang daripada seorang putera Saudi, tetapi ia bukan derma.

Bagaimanapun, kerabat itu mempersoalkan jumlah wang itu tetapi berkata dana tersebut merupakan sebahagian daripada perjanjian perniagaan.

Sebelum ini, Peguam Negara, Tan Sri Apandi Ali mengesahkan bahawa dana yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib merupakan derma daripada keluarga diraja Saudi dan mengarahkan supaya menutup kes itu.

Namun, pihak berkuasa Switzerland yang menyiasat pelaburan syarikat negara 1Malaysia Development Bhd (1MDB) menemui sejumlah AS$4 bilion (RM16.8 bilion) hilang daripada syarikat itu.

Peguam Negara Switzerland Michael Lauber juga menyuarakan kebimbangan atas keputusan rakan sejawatnya di Malaysia yang menghentikan siasatan ke atas kes perpindahan dana ke dalam akaun Najib itu, mengatakan tindakan itu akan mengganggu siasatan yang dijalankan Switzerland ke atas 1MDB.

Apandi kemudiannya membalas kenyataan tersebut, mengatakan siasatan yang sedang dilakukan negara itu ke atas 1MDB adalah siasatan yang berasingan daripada kes derma RM2.6 bilion itu ~ Ismaweb.Net





from Anak Sungai Derhaka http://ift.tt/1QMNcGW

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.