Isu pemecatan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR Pulau Pinang daripada syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC) harus diselesaikan di Majlis Presiden Pakatan Harapan, kata bekas Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusof.
Beliau berkata, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dengan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sepatutnya mencontohi bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Nik Aziz Nik Mat, Karpal Singh dan Lim Kit Siang yang sentiasa menyelesaikan sebarang masalah di peringkat dalaman dan secara aman.
“Isunya bukan pemecatan, tetapi kepemimpinan. Anwar sebelum ini berhadapan cabaran dan isu yang lebih sukar seperti hudud dan pilihan raya kerajaan tempatan.
“Isu sebenarnya adalah bagaimana untuk menguruskan perbezaan antara parti. Kedua-dua Azmin dan Guan Eng patutnya berusaha lebih lagi untuk menunjukkan kepemimpinan yang berwibawa,” katanya kepada FMT di sini, hari ini.
Beliau bersetuju dengan rasa tidak puas hati Azmin memandangkan Guan Eng tidak membawa perkara itu kepada PKR terlebih dahulu sebelum membuat keputusan.
Beliau juga membantah tanggapan bahawa wakil rakyat lantikan politik tidak boleh bersuara berhubung soal operasi pentadbiran negeri.
“Tujuan wakil rakyat dilantik dalam GLC negeri adalah untuk semak dan imbang, bukan patuh secara melulu,” katanya.
Guan Eng hari ini menyangkal kritikan Azmin berhubung pemecatan itu dengan berkata, keputusan kerajaan negeri perlu dipatuhi rakan dalam gabungan pemerintah.
Azmin mengecam Kerajaan Pulau Pinang dan berkata, PKR tidak gembira dengan pemecatan ADUN Bukit Tengah, Ong Chin Wen daripada Penang Invest dan Island Golf Properties Bhd, dan ADUN Kebun Bunga, Cheah Kah Peng daripada Perbadanan Bukit Bendera.
Azmin juga berkata, PKR telah menghantar surat kepada Kerajaan Pulau Pinang berhubung perkara itu.
Chin Wen dan Kah Peng antara lima ADUN PKR yang berkecuali ketika pengundian menolak usul UMNO agar kerajaan negeri menghentikan semua projek penambakan di negeri itu, ketika sidang DUN November lalu lapor Free Malaysia Today
from Anak Sungai Derhaka http://ift.tt/1QbmJEo
Post a Comment
This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself