Halloween party ideas 2015

Permasuri Johor, Raja Zarith Sofiah Puji Pelajar Selesaikan Teori Albert Einstein | Kejayaan sekumpulan saintis termasuk seorang anak Malaysia mendapat pujian dari Permasuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris.

Permasuri Johor, Raja Zarith Sofiah Puji Pelajar Selesaikan Teori Albert Einstein

Pasukan yang dianggotai pengkaji dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Hafizah Noor Isa telah berjaya membuktikan Teori Gelombang Graviti yang diramal kewujudannya oleh Albert Einstein kira-kira 100 tahun lepas.

Dalam laman Facebook, Raja Zarith menzahirkan ucapan tahniah atas kejayaan yang turut mendapat liputan meluas di peringkat antarabangsa itu.

“Tahniah! Syabas! Kami berbangga dengan anda!” katanya yang ditulis dalam Bahasa Inggeris yang dimuatnaik kira-kira jam 7 pagi, hari ini bersama keratan artikel mengenai kejayan Hafizah.

Hafizah yang berasal dari Machang, Kelantan adalah calon ijazah doktor falsafah (PhD) di University of Glasgow adalah sebahagian daripada kumpulan pengkaji di Institut Kajian Graviti di universiti tersebut.

Beliau kini sedang menyiapkan kertas saintifik “Observation of Gravitional Waves from a Binary Black Hole Merger” (Pemerhatian ke atas gelombang graviti daripada penggabungan dwi lubang hitam) iaitu mengenai interaksi antara dua lubang hitam di angkasa lepas yang telah membuktikan bahagian terakhir teori Einstein berkenaan ‘relativity’, sesuatu yang telah menjadi misteri kepada pakar fizik selama berdekad-dekad.

Posting Permaisuri Johor itu juga turut dikomen Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia, Prof Datuk Ir Wahid Omar berbangga dengan kejayaan anak tempatan di peringkat antarabangsa.

“Dia bekas pelajar MSc dan BSc di UTM. Ia satu lagi testimoni graduan berkualiti UTM dan universiti tempatan lain. Tahniah,” katanya.

sumber
http://ift.tt/1XHaQYr


from KeZooM http://ift.tt/1SLR8Ly
via Kezoom
malaysian and informasi , online malaysian news, malaysian article , malay and today, today malaysian news and information, malaysian update, enjoy reading the article, spread the word what you read today to get more better future. thanks

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.