Halloween party ideas 2015

Berikut ini adalah berita malaysia dan informasi terbaru hari ini untuk pemerintah diraja malaysia, selamat membaca, dan jangan lupa berikan komentar dan berikan pendapat anda tentang apa yang anda baca hari ini. selamat beraktifitas

Sejumlah foto menunjukkan ketibaan warga asing dipercayai dari Bangladesh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menjadi viral di media sosial sejak beberapa hari lalu.

Kehadiran ramai warganegara tersebut sekaligus mencetuskan persoalan sejauhmana penangguhan pengambilan 1.5 juta pekerja dari Bangladesh benar-benar dilaksanakan seperti diumumkan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini.

Serentak dengan pelaksanaan Program Penggajian dan Penempatan Semula Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) berkuatkuasa mulai 15 Februari lalu juga, banyak pihak termasuk sumber dari KLIA memberitahu jumlah kehadiran warga Bangladesh di lapangan terbang itu begitu luar biasa.

Bahkan, aktivis netizen dikenali sebagai Suara Rakyat turut mendedahkan butiran senarai penerbangan pada 22 Februari lalu dari Dhaka ke Kuala Lumpur.

Berdasarkan jadual tersebut yang viral di WhatsApp itu, terdapat sekurang-kurangnya tujuh penerbangan yang mendarat di KLIA sepanjang pukul 1.37 pagi sehingga 6.42 petang.

Lima pendaratan tersebut adalah pada waktu awal pagi iaitu dalam tempoh kurang enam jam sehingga pukul 7.28 pagi dengan melibatkan syarikat penerbangan antaranya Biman Bangladesh Airlines, Malindo Air selain Malaysia Airlines dan Air Asia.


‘United Bangla National Organisation’

Ketibaan ramai warganegara Bangladesh di KLIA itu turut mengundang reaksi sinis netizen termasuk mengubahsuai logo 1Malaysia kepada 1Banglasia berserta slogan “Bangla Didahulukan, Rakyat Malaysia Diketepikan.”

Keputusan Kabinet Bangladesh pada 8 Februari lalu meluluskan draf perjanjian persefahaman (MoU) menghantar sebanyak 1.5 juta warganya untuk bekerja di Malaysia juga mengundang bantahan rakyat negara ini melalui pelbagai imej sindiran yang tersebar di media sosial.

Antaranya, logo bank CIMB diedit dengan diberi nama penuhnya sebagai ‘Cina India Melayu Bangla’ serta logo Umno yang diubah kepada singkatan Ubno iaitu ‘United Bangla National Organisation’.

Protes netizen juga dapat dilihat pada imej Najib Razak yang ‘memakai’ pakaian kebangsaan wanita Bangladesh dengan tertera ungkapan ‘Prime Minister of Banglasia’ selain paparan dialog sarkastik mengikut kelaziman warga Bangladesh bercakap dalam Bahasa Melayu.

Carta pai yang menunjukkan segmen populasi masyarakat negara ini berdasarkan Banci Penduduk Malaysia pada 2010 juga menjadi viral dengan jumlah warga asing mencecah 6.7 juta manakala Melayu seramai 17.9 juta diikuti Cina (6.52 juta), India 1.96 juta dan lain-lain 0.34 juta.

Untuk rekod, statistik Kementerian Sumber Manusia pada 2014 juga menyatakan terdapat 6.7 juta pekerja asing ada di Malaysia tetapi hanya 2.1 juta memiliki permit kerja sah.

Pada masa sama, rakyat juga bimbang kemungkinan kemasukan warga terbabit yang terlalu ramai kononnya atas keperluan industri akan disalahguna untuk tujuan pilihan raya umum akan datang.

Satu imej yang viral di media sosial menunjukkan bukti seorang penama yang memiliki iras Bangladesh beralamat di Sandakan, Sabah tetapi memiliki kewarganegaraan Malaysia telah berdaftar sebagai pemilih seperti dikenal pasti dalam rekod Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Dalam hal berkaitan, Kementerian Dalam Negeri (KDN) memaklumkan terdapat 8,418 permohonan diterima setakat 19 Februari lalu dalam Program Penggajian dan Penempatan Semula PATI.

Program secara atas talian yang diumumkan Najib Razak itu memberi peluang kepada PATI yang bekerja secara haram di Malaysia diberi permit kerja yang sah tanpa dikenakan tindakan pendakwaan.

Sebaliknya, majikan serta pekerja yang menyertai program tersebut serta memenuhi syarat ditetapkan hanya perlu menjelaskan kompaun atas kesalahan tinggal lebih masa dan bayaran yang berkaitan bagi tujuan penggajian semula lapor Malaysia Dateline






from Anak Sungai Derhaka http://ift.tt/1QxQtHn

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.