Halloween party ideas 2015

Sahih Atau Tidak, Biar Allah Yang Hukum - Iqram Dinzly | Iqram Dinzly menganggap gambar percutiannya bersama Uqasha Senrose yang turut menyaksikan aktres itu membuka tudung adalah satu ujian besar dalam dirinya.

Sahih Atau Tidak, Biar Allah Yang Hukum - Iqram Dinzly

Kata Iqram, dia enggan memberi sebarang komen tentang perkara itu dan meminta individu yang mendedahkan foto dan maklumat berhubung hal itu bertanggungjawab terhadap perkara berkenaan.

"Saya minta maaf, saya hanya mampu katakan no comment mengenai gambar percutian itu dan tidak boleh beri kerjasama.

"Sahih atau tidak sahih, biarlah Allah menghukumnya kerana kita sebagai manusia sesama manusia seharusnya sebaik mungkin menutup aib sendiri, inikan pula aib orang lain.

"Saya bukan malaikat mahupun maksom kerana kita manusia sentiasa diuji dan diduga," ujarnya.

Iqram berkata demikian ketika diminta mengulas tentang gambar mesranya bersama Uqasha ketika sedang bercuti di pulau Koh Lipe, Thailand yang tersiar di akhbar mingguan, Ahad lalu.

Beberapa keping foto tersebut memperlihatkan Uqasha tidak berhijab dan berpakaian seksi bersama adik-adik yang lain.

Tambah Iqram, dia berharap perkara tersebut tidak terus diperbesarkan kerana ia merupakan hak dan privasi buat dirinya.

"Saya juga berharap perkara ini tidak terus diperbesarkan. Biarlah apa pun persepsi orang, apa orang nak katakan.

"Andai terjatuh fitnah sekalipun, sebagai hamba Allah saya tetap memaafkan insan itu dan terima kasih kerana prihatin," ujarnya.

Gosip percintaanya dengan aktres tersebut tersebar sejak pertengahan tahun lalu, namun kedua-duanya menafikan perkara tersebut.

Uqasha sebelum ini pernah bertunang dengan Pekin Ibrahim namun hubungan itu putus dan selepas itu dikatakan menjalikan cinta separuh jalan dengan Syafiq Kyle.

sumber
http://ift.tt/1ZXY4UM


from KeZooM http://ift.tt/1VESwgO
via Kezoom
malaysian and informasi , online malaysian news, malaysian article , malay and today, today malaysian news and information, malaysian update, enjoy reading the article, spread the word what you read today to get more better future. thanks

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.