Halloween party ideas 2015

Berikut ini adalah berita malaysia dan informasi terbaru hari ini untuk pemerintah diraja malaysia, selamat membaca, dan jangan lupa berikan komentar dan berikan pendapat anda tentang apa yang anda baca hari ini. selamat beraktifitas

Nampak dak??.. aku dah kata isu Hudud adalah isu yang digunakan oleh UMNO untuk mengkucar-kacirkan Pakatan Rakyat dan akhirnya hancur begitu saja sebuah Pakatan..

Kalau benar UMNO mahu melaksanakan hukum Hudud dinegara kita ini UMNO telah laksanakannya diawal kemerdekaan negara lagi, UMNO tak perlukan PAS untuk melaksanakannya.

Mereka punya kerusi paling banyak dalam Barisan Nasional, mereka boleh laksanakannya juga walau dibantah oleh MIC, MCA dan Gerakan.. sebab majoriti kerusi MP dalam Barisan Nasional dikuasai oleh UMNO..

Malangnya hanya kerana tangisan seorang ADUN UMNO yang kononnya bersungguh-sungguh mahu melihat Hudud dilaksanakan.. habis orang PAS tertipu..

Sekarang apa dah jadi dengan Hukum Hudud yang nak dilaksanakan sangat tu?

Laporan berkaitan..

Hukum hudud tidak boleh dilaksanakan dalam konteks negara ini, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Katanya, UMNO selaku sebahagian komponen parti pemerintah bersikap jujur dalam perkara berkenaan sejak isu hudud ditimbulkan oleh Kerajaan Kelantan dan pimpinan PAS.

Untuk kuasa, satu parti memainkan isu pelaksanaan hudud seolah-olah ia teramat penting dalam Islam berbanding mempromosikan konsep keadilan, ketelusan, urus tadbir baik yang lebih penting daripada hukuman hudud.

“Hudud hanya komponen kecil dalam perundangan Islam membabitkan enam jenayah iaitu zina, mencuri, bersekedudukan, rompakan, minum arak dan murtad,” katanya ketika menyampaikan ucapan pada Sidang Kemuncak Kepimpinan dan Aspirasi Kebangsaan, di sini, hari ini.

Asyraf berkata, keperluan untuk mendapatkan bukti yang disyaratkan terlalu sukar untuk tujuan pendakwaan, seperti bilangan saksi dan keperibadian saksi itu.

Katanya, tiada mana-mana pihak boleh mengatakan hukum Allah SWT tidak relevan, tetapi apa yang diperdebatkan ialah perkara yang ditekankan dalam sistem keadilan.

“Jika kita tidak boleh mendapatkan keadilan dalam pelaksanaan hudud, maka lebih baik kita mengambil pendekatan berbeza. Islam bukan hanya hukuman tetapi menegakkan keadilan,” katanya lapor Free Malaysia Today

Mudahnya mereka diperbodohkan...






from Anak Sungai Derhaka http://ift.tt/1O9oFHy

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.