Halloween party ideas 2015

Tukang Cuci Sekolah Kantoi Memadu Kasih Dalam Kelas | Dua tukang cuci memadu kasih di dalam sebuah bilik kelas sebuah sekolah menengah di Melaka, sama blok dengan lokasi seminar cara menjawab peperiksaan SPM yang dihadiri 50 pelajar Tingkatan Lima sekolah tersebut diadakan.

Tukang Cuci Sekolah Kantoi Memadu Kasih Dalam Kelas

Gadis tukang cuci berusia 17 tahun itu mendakwa dipaksa rakan sekerjanya untuk melakukan hubungan se-ks pada 6 Februari lalu.

Dua hari kemudian, gadis tersebut membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Melaka Tengah mendakwa dia diro-gol.

Dalam laporannya, gadis itu mendakwa rakan sekerjanya mengheretnya masuk ke dalam sebuah bilik kelas di tingkat empat bangunan sekolah itu kira-kira pukul 9 pagi Sabtu lalu.

Mangsa mendakwa sedang membersihkan bilik kelas apabila didatangi rakan sekerja lelaki berusia awal 20-an yang memaksanya untuk melakukan se-ks.

Gadis itu berkata dia mengalah selepas dipujuk lelaki tersebut. Mereka memasuki bilik kelas yang kosong tanpa menyedari seramai 50 pelajar perempuan Tingkatan Lima sekolah itu menghadiri seminar di tingkat dua bangunan berkenaan.

Ibu mangsa kemudiannya terbaca mesej menerusi aplikasi WhatsApp yang dihantar anaknya itu kepada lelaki tersebut yang meminta dibekalkan pil perancang kehamilan.

Dia meminta anak perempuannya itu untuk membuat laporan polis.

Seorang ibu kepada pelajar Tingkatan Lima sekolah tersebut yang ingin dikenali sebagai Yati berkata, insiden bilik kelas dijadikan tempat memuaskan nafsu semakin hangat diperkatakan sejak akhir-akhir ini.

"Itu yang menjadi topik hangat di kalangan pelajar. Perbuatan sumbang itu adalah tidak baik untuk minda anak muda," katanya.

Exco Pendidikan Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi, Datuk Wira Md Yunos Husin berkata beliau terkejut apabila dimaklumkan mengenai perkara tersebut.

"Saya berasa jijik apabila mendengar berita itu.

"Tukang cuci diupah untuk membersihkan sekolah, bukan menjadi ia sebagai tempat mereka membuat janji temu," katanya.

Md Yunos berkata beliau telah meminta Jabatan Pelajaran Negeri untuk memanggil kontraktor berkenaan.

sumber
http://ift.tt/1myftGw


from KeZooM http://ift.tt/1TeCjjk
via Kezoom
malaysian and informasi , online malaysian news, malaysian article , malay and today, today malaysian news and information, malaysian update, enjoy reading the article, spread the word what you read today to get more better future. thanks

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.