SHAH ALAM - Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (Aswaja), Zamihan Mat Zin ditukar ke Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berkuatkuasa 24 jam.
Katanya, surat pertukaran itu diterima hari ini dan merasakan pertukaran itu adalah berkaitan dengan isu kontroversi debat antara beliau dan Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin.
"Ya betul, saya akan ditukarkan dan perlu lapor diri pada Khamis ini.
"Jakim sudah keluarkan surat kepada saya, arah bertukar 24 jam ke Jakim," katanya kepada Sinar Online hari ini.
Zamihan kini bertugas di Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam di Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Dalam pada itu, katanya lagi dia akan meminta pandangan daripada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkenaan pertukaran ini.
"Saya tak akan buat rayuan ini, ia ada kaitan plot nak tukarkan saya.
"Saya nak tanya Datuk Seri (Ahmad) Zahid macam mana kalau dia masih perlukan saya di sini (KDN)...kalau tidak saya angkat kaki dari perkhidmatan awam," katanya. - SH
from Lagi Berita http://ift.tt/1TmUZ0x
Berita malaysia terbaru - terkini - terpopular siap di nikmati dan disajikan dengan penuh emosi, sebarkan pengetahuan kepad kalayak umum , jika anda merupakan pemerhati dunia internet dan pemerhati kemajuan informasi, maka jangan lupa follow blog ini dan sebarkan apa yang baca, karena pada dasarnya informasi adalah hak bagi semua manusia, selamat membaca dan selamat beraktifitas, blog post ini semoga dapat bermanfaat bagi anda semua, sampai juga di post post dan berita berita selanjutnya, dukung terus perkembangan blog.
Post a Comment
This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself