Halloween party ideas 2015

Berikut ini adalah berita malaysia dan informasi terbaru hari ini untuk pemerintah diraja malaysia, selamat membaca, dan jangan lupa berikan komentar dan berikan pendapat anda tentang apa yang anda baca hari ini. selamat beraktifitas

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan tiada konspirasi untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak.

Muhyiddin berkata, beliau sewaktu menjadi Timbalan Perdana Menteri berhak dimaklumkan dan diberi taklimat oleh Peguam Negara ketika itu, Tan Sri Abdul Gani Patail berhubung sebarang kes pendakwaan membabitkan kerajaan.

Katanya, ia termasuk siasatan berhubung 1Malaysia Development Berhad (1MDB), SRC International dan kemasukan sejumlah wang ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri.

“Tiada konspirasi menggulingkan Perdana Menteri. Saya mempunyai hubungan biasa dengan AG (Abdul Gani). Ia biasa dan perkara wajar untuk AG beritahu kes undang undang. Bukan konspirasi.

“Saya berhak tahu perkembangan apa-apa kes berlaku terutama yang boleh menjejaskan kerajaan,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Muhyiddin berkata, walaupun Abdul Gani memaklumkan perkara itu kepadanya, namun pendakwaan adalah tertakluk kepada keputusannya selaku Peguam Negara waktu itu.

“Walaupun ia dimaklumkan kepada saya, soal kuasa mendakwa AG terletak atas haknya pada AG. Bukan pada saya. Nak ambil tindakan atau tidak itu hak dia. Terserah AG sama ada mahu buat pendakwaan. Ada bukti nak dakwa atau tidak itu kuasa dia.

Kalau mendakwa PM adalah satu konspirasi, maknanya PM tidak boleh didakwa atas sebarang undang-undang, seolah olah dia ini ada imuniti tak lakukan apa apa kesalahan. Ada bukti yang ditunjukkan kepada saya, bukti kemasukan wang dalam akaun peribadi Najib. Ini bukan rahsia,” katanya.




from Anak Sungai Derhaka http://ift.tt/1LzXhbl

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.