Halloween party ideas 2015

Maut Di Renjat Elektrik Ketika Guna Telefon Yang Sedang Di Cas | steri seorang anggota polis maut selepas terkena renjatan elektrik semasa membuat panggilan telefon bimbit yang sedang dicas di kediamannnya di Taman Desa Baiduri, Cheras.

Maut Di Renjat Elektrik Ketika Guna Telefon Yang Sedang Di Cas

Wanita itu Suhana Mohamad, 30, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital susulan insiden pada 11.30 malam pada Jumaat lepas.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang Supt Abdul Ghani Mohamad Ji berkata suami wanita itu yang bertugas di Bukit Aman terus membawa isterinya ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia di sini untuk rawatan.

"Mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital itu dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR)," katanya dalam kenyataan, pada Ahad.

Abdul Ghani berkata jenazah wanita itu dibawa pulang ke kampung halamannya di Gua Musang, Kelantan petang semalam dan akan dikebumikan pada pagi ini.

Mangsa meninggalkan seorang anak lelaki berumur lima tahun dan seorang anak perempuan berumur dua tahun.

sumber
http://ift.tt/1QgOaIj


from KeZooM http://ift.tt/1NhF03s
via Kezoom
malaysian and informasi , online malaysian news, malaysian article , malay and today, today malaysian news and information, malaysian update, enjoy reading the article, spread the word what you read today to get more better future. thanks

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.