Bekas ahli Umno, Datuk Hamidah Osman berkata beliau mungkin akan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar.
"Buat masa ini, saya tak mahu komen. Dalam politik, tiada apa yang mustahil," katanya kepada The Star.
Pada 24 November tahun lepas, parti itu memecat Hamidah yang juga bekas Exco kanan kerajaan negeri Perak atas sebab disiplin.
Kerusi Parlimen Kuala Kangsar kosong berikutan kematian penyandangnya, Datuk Wan Mohammad Khai-ril Anuar Wan Ahmad.
Wan Mohammad Khairil adalah antara enam yang terkorban dalam nahas helikopter pada 5 Mei lalu di Sebuyau, Sarawak.
Terdahulu pada Selasa, Penolong Setiausaha Pemuda Umno Cawangan Pusat Bandar Taman Cempaka Syed Rosli Harman Jamalullail juga mengumumkan hasrat untuk bertanding, dengan berkata beliau tidak berpuas hati dengan keputusan Barisan Nasional (BN) yang meletakkan Datin Mastura Mohd Yazid sebagai calon.
Mastura, isteri kepada allahyarham Wan Mohammad Khair-il, adalah calon BN bagi PRK Kuala Kangsar pada 18 Jun ini.
"Memang benar saya akan bertanding. Saya amat kecewa dengan kepimpinan Umno kerana saya tidak gembira dengan mereka yang meletakkan Datin Mastura sebagai calon," kata Syed Rosli ketika dihubungi.
"Saya pasti beberapa pemimpin di Kuala Kangsar juga kecewa kerana mereka tidak diberi peluang.
"Saya sangat yakin parti akan mengambil tindakan tegas terhadap saya tetapi saya tidak ada pilihan," katanya, sambil menambah parti itu masih mempunyai masa untuk menukar calon sebelum penamaan calon pada 5 Jun lapor mStar
Sementara itu menurut laporan portal PerakBN.. Datuk Hamidah berkata pencalonan Datin Mastura hanyalah untuk meraih undi simpati rakyat.
Laporan penuh sila baca di SINI
from Anak Sungai Derhaka http://ift.tt/1XUQyMx
Post a Comment
This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself