Lembaga pengarah 1MDB yang baru harus mengarahkan Deloitte untuk menjalankan audit kewangan dengan segera bagi mendapatkan gambaran lebih jelas mengenai kedudukan kewangan syarikat tersebut, kata Tony Pua.
Audit itu adalah untuk tahun kewangan berakhir 31 Mac 2015 dan 31 Mac 2016.
“Tanpa gambaran lebih jelas dan tepat mengenai kedudukan kewangan 1MDB, lembaga pengarah pastinya mengendalikan perniagaan seperti dalam vakuum, membuat keputusan tanpa mengetahui status dasaran syarikat," kata ahli parlimen Petaling Jaya Utara itu.
Secara lebih terperinci, juruaudit itu harus merungkai apa yang terjadi kepada urusniaga dan aset bernilai AS$7 bilion yang mana gagal untuk disahkan oleh jabatan audit negara, kata Tony yang juga anggota Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).
Jika Presiden 1MDB, Arul Kanda tidak mampu menjelaskan hal dana itu, beliau sepatutnya dipecat dari jawatannya itu.
Ini mampu dilakukan, selepas kementerian kewangan mengeluarkan Artikel 117 dalam Memorandum dan Artikel (M&A) yang memberikan kuasa kepada perdana menteri untuk campur tangan dalam firma itu.
Dana AS$7 bilion itu termasuklah AS$700 juta dan AS$330 juta yang dipindahkan kepada Good Star Limited, sebuah firma yang didakwa dimiliki oleh Jho Low dan tiada kaitan dengan usaha sama antara 1MDB-Petrosaudi venture pada 2009 dan 2011.
Selain itu, ia juga adalah AS$3.51 bilion yang di bayar kepada Aabar Investment PJS Limited, sebuah syarikat yang tidak dimiliki oleh International Petroleum Investment Corportation, AS$940 juta "unit” dalam Bank BSI di Singapura dan AS$1.56 bilion pelaburan oleh 1MDB Global Investments Limited.
Baru-baru ini, kementerian kewangan mengumumkan barisan lembaga pengarah baru 1MDB selepas lembaga sebelumnya dibubarkan berikutan siasatan parlimen ke atas syarikat dana negara itu.
Lembaga tiga anggota itu dipengerusikan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah, Setiausaha Sulit Kanan kepada Ketua Setiausaha Negara (KSN), Datuk Norazman Ayob dan Ketua Pegawai Operasi Prokhas Sdn Bhd, Datuk Kamal Mohd Ali.
Bagaimanapun, Arul Kanda Kandasamy akan terus memegang jawatan presiden 1MDB, kata kementerian itu lapor Malaysiakini
from Anak Sungai Derhaka http://ift.tt/20T0xkR
Post a Comment
This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself