Cadangan Parti Tindakan Demokratik (DAP) untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) di Pulau Pinang, susulan tidak mendapat persetujuan daripada Parti Keadilan Rakyat (KeADILan).
Ketua Menteri Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP mengumumkan perkara itu pada pagi ini, selepas bermesyuarat bersama-sama pemimpin pusat dan negeri parti dekat Komtar di sini.
"Memandangkan KeADILan tidak bersetuju untuk diadakan Pilihan Raya Negeri lebih awal, DAP tidak akan meneruskan cadangan ini.
"Sungguhpun AMANAH bersetuju dengan DAP, kita telah nyatakan sebelum ini bahawa DAP tidak akan membuat keputusan secara berseorangan, tetapi hanya menerusi persefahaman bersama ketiga-tiga parti dalam Pakatan Harapan," ujar Guan Eng yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih merangkap Ahli Parlimen Bagan.
Tegasnya, hasrat DAP itu sebelum ini adalah strategi proaktif supaya rakyat boleh membuat pendirian untuk mandat baharu bagi Kerajaan Negeri, ketika Peguam Negara Amerika Syarikat merampas aset-aset 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bernilai AS$ 1 bilion.
"Kita harus menggunakan peluang ini (PRN) untuk membolehkan rakyat membuat penghakiman mereka (melalui proses membuang undi) dalam skandal yang dianggap terbesar di dunia.
"Kami daripada DAP tidak gentar untuk mengembalikan mandat kepada rakyat...dan saya rasa strategi proaktif DAP ini adalah betul aibkan kita lihat Barisan Nasional menentang adanya PRN lebih awal di Pulau Pinang.
"Selalunya Barisan Nasional akan bersetuju dengan cadangan DAP ini, tetapi ini luar biasa kerana mereka tahu skandal 1MDB ini akan mendapat perhatian yang lebih besar jika pilihan raya negeri lebih awal berlaku," ujar Guan Eng.
Hadir, Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir, Chow Kon Yeow yang juga Pengerusi DAP Negeri Pulau Pinang, Jagdeep Singh Deo (Exco Perancangan Bandar & Desa dan Perumahan merangkap Timbalan Pengerusi DAP Negeri) serta beberapa pemimpin utama parti lain.
Semalam, Guan Eng memberitahu, keputusan rasmi KeADILan itu disampaikan oleh Timbalan Presiden KeADILan merangkap Menteri Besar Selangor, semalam.
Pada 20 Julai lalu, Azmin bersama-sama Naib Presiden KeADILan merangkap Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar serta Pengarah Strategik KeADILan, Datuk Saifuddin Nasution Ismail mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang.
Kunjungan hormat itu untuk mendapatkan maklum balas mengenai hasrat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) untuk mengadakan pilihan raya mengejut di negeri ini.
Menurut Guan Eng, hasrat DAP itu tidak akan diteruskan secara uliteral, melainkan mendapat persetujuan daripada KeADILan dan Parti Amanah Negara (AMANAH) terlebih dahulu.
Selepas itu, Presiden AMANAH Mohamad Sabu secara verbal memberi isyarat bahawa pihaknya bersetuju dengan hasrat DAP takut, jika dipersetujui bersama-sama KeADILan dalam mesyuarat Majlis Pemimpin Pakatan Harapan kelak.
Manakala, Presiden KeADILan Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang juga Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia berkata partinya kurang yakin dengan hasrat DAP itu.
Dr. Wan Azizah yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh bagaimanapun berkata partinya bersetuju untuk meneruskan perbincangan dalam beberapa hari lagi, dan semalam KeADILan mengeluarkan pendirian rasmi untuk tidak bersetuju dengan hasrat mengadakan PRN lebih awal di Pulau Pinang.
Dipetik dari laporan oleh Zainulfaqar di SINI
from Anak Sungai Derhaka http://ift.tt/2alsvri
Post a Comment
This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself